Apple pecat staf disebabkan perkara ini

Share Button

Oleh Xavier Naxa

Adakah anda ingat berita pada minggu lalu apabila satu video telah tular dimana seorang ayah telah memberikan iPhone X kepada anak perempuanya untuk dirakam.

Berdasarkan video tersebut, anak perempuanya beliau telah menunjukkan serba sedikit fungsi yang ada pada iPhone X.

Umum mengetahui bahawa iPhone X masih belum dilancarkan secara rasmi. Oleh yang demikian, staf Apple tidak boleh sesuka hati untuk mempamerkan iPhone X tersebut kepada umum.

Akibat daripada itu, beliau telah dipecat oleh Apple atas sebab melanggar NDA (Non Disclosure Agreement)

Pihak Apple juga meminta anak perempuan beliau memadam video terbabit sebaik sahaja ia tular di media.

Walaupun video tersebut berjaya dipadam, nampaknya ia sudah tidak dapat diselamatkan lagi memandangkan ia sudah disimpan oleh pengguna web.

Beliau juga tidak merasa marah akibat dari perlucutan jawatan tersebut dan memahami akan kesalahan yang beliau hadapi.

Hakikatnya beliau telah melakukan dua kesalahan besar iaitu membenarkan anak beliau merakam iPhone X dan suasana di dalam Kampus Apple walaupun ia hanya di kawasan Caffè Macs.

Apple hakikatnya sangat serius dalam isu integriti tidak hairanlah banyak inovasi mereka sangat sukar diketahui umum.

Steve Jobs suatu ketika dahulu pernah memecat staf beliau apabila prototype iPhone 4 telah hilang semasa staf tersebut mabuk di kelab malam.

Dengan langkah yang dilakukan oleh pihak Apple, ia memberi sedikit amaran kepada semua staf Apple supaya mempunyai integriti yang tinggi semasa berkhidmat.

 

 

 

Apa komen anda?