Apple papar tarikh jualan rasmi iPhone 8 di Malaysia

Nampaknya Malaysia tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan set rasmi iPhone 8 dan 8 Plus. Laman web Apple Malaysia pagi ini telah dikemaskini dengan tarikh mula jualan di Malaysia.

Telefon pintar terbaru Apple, iPhone 8 dan 8 Plus akan mula dijual pada 20 Oktober 2017, jam 12.01 pagi. Manakala tempahan di Malaysia akan dibuka seminggu sebelum jualan, pada 13 Oktober 2017, juga jam 12.01 pagi.

Bersiap sedialah dengan tawaran dan kontrak dari syarikat telekomunikasi dalam minggu ini, serta dari kedai-kedai dalam dan luar talian.

Minggu lepas, 11street telah pun mula membuka pra tempahan iPhone 8 dan 8 Plus di laman e-dagang mereka. Penghantaran tempahan ini akan dibuat bermula 30 Oktober 2017. Harga yang diletakkan oleh 11street pula adalah:

  • iPhone 8 64GB – RM3,649
  • iPhone 8 256GB – RM4,399
  • iPhone 8 Plus 64GB – RM4,149
  • iPhone 8 Plus 256GB – RM4,899

Adakah tepat harga 11street ini? Kita nantikan pengumuman seterusnya dari Apple Malaysia. Sementara itu, semak maklumat lanjut dengan melayari laman produk Apple iPhone 8.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: