Adakah iPhone 8 Ulangi Sejarah Pahit Note7?

Sebagai mahakarya Apple, iPhone 8/8 Plus sudah tentu mengandungi pelbagai teknologi kompleks dan pastinya kerosakkan adalah perkara yang biasa pada sebuah mesin sekompleks ini. Setelah lebih seminggu dilancarkan di Australia, China, dan Singapura, terdapat laporan tentang kerosakkan pada komponen bateri iPhone 8 Plus.

Beberapa Tweet telah dikesan melaporkan bahawa bateri pada iPhone 8 menggelembung dan menolak keluar panel paparan telefon itu keluar daripada badannya. Tapi jangan risau, ia mungkin kes terpencil kerana tiada kes baru dilaporkan selepas insiden itu dan Apple sudahpun menggerakkan siasatan terhadap dakwaan tersebut.

Dalam hal yang berkaitan, semasa insiden masalah bateri menimpa Note7 tahun lalu, Samsung dilaporkan telah menukar pembekal bateri Note7 kepada pihak lain. Malangnya, bateri yang dibekalkan pembekal baru itu turut bermasalah.

Yang menariknya, “pihak baru” itu adalah pembekal utama bateri untuk peranti Apple.

Tapi bateri pada iPhone 8 Plus tidaklah besar mana. Ia diberikan bateri berkapasiti 2691mAh, 7% lebih kecil berbanding bateri iPhone 7 Plus yang mengandungi 2,900mAh tenaga bateri.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: