webe dicantas untuk beri laluan kepada unifi

Share Button

Webe yang muncul dengan pelan mudah alih tanpa had, nampaknya akan ditamatkan tidak lama lagi. Perkara ini diumumkan menerusi satu tulisan blog webe, yang menyatakan webe tidak akan lagi kelihatan sebagai rangkaian di skrin telefon pintar.

Mulai 15 September 2017, sedikit demi sedikit perubahan akan dibuat pada rangkaian webe. Nama rangkaian webe yang terletak pada sudut atas telefon pintar, tidak akan lagi kelihatan di situ. Sebaliknya ia akan digantikan dengan unifi.

Walaubagaimanapun, webe memaklumkan ini hanyalah sebahagian dari langkah ‘convergence‘ yang dibuat sebagai salah satu servis lengkap yang disediakan Telekom Malaysia (TM). Semua pelan, servis, sokongan dan lain-lain tidak akan berubah.

Bermakna, tiada kesan langsung kepada pelanggan melainkan nama rangkaian di telefon yang berubah.

Bagaimanapun, pelanggan mungkin perlu membuat perubahan pada APN. Jika terdapat masalah sambungan internet, cuba tukar tetapan APN. Ubah nama yang digunakan sebelum ini, webemobile kepada unifi. Tetapan lain boleh dibiarkan seperti biasa. Langkah lanjut boleh dirujuk dari FAQ perubahan SPN & APN oleh webe.

Seperkara lagi, webe juga memaklumkan tawaran pelan panggilan, SMS dan internet tanpa had webe RM79 sebulan, akan ditawarkan sehingga 30 Oktober 2017 sahaja. Tidak pula dimaklumkan apakah perubahan yang akan dibuat selepas itu, tetapi jika anda mahu melanggannya, perlu segera lakukan sebelum 30 Oktober 2017.

Dari beberapa perubahan ini, webe mungkin akan mengalami sesuatu yang lebih drastik, bukan pada nama di skrin telefon sahaja. Apakah langkah TM seterusnya untuk webe?


Jadi apakah kesan perubahan ini terhadap pengguna sedia ada?

Secara asasnya pengguna sedia ada tidak terkesan langsung dengan perubahan ini. Walau bagaimanapun, mereka perlu dimaklumkan tentangnya supaya tidak berlaku konflik kelak.

Entiti Webe Digital Sdn. Bhd. masih ada dan setiap pembayaran bil tetap perlu ditujukan pada syarikat ini, cuma perkhidmatan webe telah ditukar namanya kepada unifi.

Tiada perubahan terhadap jumlah bulanan ataupun kualiti perkhidmatan. Anda masih menikmati data, suara, SMS, dan video tanpa had.

Jika anda berminat untuk melanggan pelan webe, ia masih ditawarkan sehingga 31 Oktober 2017.

Pengguna sedia ada perlu beri lebih perhatian pada maklumat berikutnya.

Perubahan Nama Penyedia Perkhidmatan (SPN)

Nama Penyedia Perkhidmatan (SPN) adalah nama unik yang diberikan pada setiap telco. Ia biasanya terpapar pada skrin telefon anda. Selepas 16 September, nama SPN pada telefon akan bertukar daripada ‘webe’ kepada ‘unifi’

Perubahan SPN akan berjalan secara Over-The-Air. Anda tidak perlu ke pejabat webe untuk menukar kad SIM.

Perubahan Nama Titik Akses (APN)

Nama Titik Akses (APN) adalah nama unik yang digunakan oleh telco untuk menhubungkan rangkaian telco dengan internet. APN sedia ada adalah “webemobile service” dan bermula 15 September 2017, “unifi” akan digunakan sebagai APN.

Pengguna yang gagal bertukar APN selepas 15 September akan terputus daripada rangkaian dan tidak boleh menggunakan perkhidmatan mereka.

Jika anda tidak boleh mengakses Internet menerusi webe sleepas 15 September, hantar SMS “Data” ke 22288 untuk beroleh tetapan baru.


[SUMBER: Blog webe]

Comments

  1. Yah

    Kenpa internet sim saya tkleh guna? Saya baru dftar. 2,3 hari saya guna internet, lepastu takboleh guna dah. Kenapa? Please bantu.

Trackbacks

  1. […] adalah perkhidmatan jalur lebar gentian fiber yang digunakan meluas oleh rakyat Malaysia. Selepas webe diumum dijenamakan semula ke UniFi, Telekom Malaysia (TM) turut mendedahkan wajah baru UniFi dalam satu majlis yang […]

Apa komen anda?