[Test Produk] Nokia 8 Perlu Lekas Perbaiki Kekurangan Untuk Berjaya

Intro

Share Button

Kelebihan

Harga yang kompetitif
Tiada bloatware
Gambar hitam/putih yang cantik daripada kamera sekunder
Teknologi rakaman audio spatial melalui Nokia Ozo

Kekurangan

Apps kamera yang kurang intuitif & ber-bug
Butang kapasitif kekal, tidak boleh bertukar fungsi

Pendahuluan

Nokia 8 adalah flagship pertama yang dihasilkan HMD sejak pengambilalihan jenama Nokia daripada Microsoft. Sebelum tiba ke Nokia 8, kita sudahpun dihidangkan dengan ada Nokia 3, Nokia 5, dan Nokia 6 yang menjadi ujian litmus HMD untuk melihat penerimaan pengguna terhadap Nokia.

Ramai yang ternanti-nanti bilakah Nokia akan menggunakan Android sejak zaman Lumia lagi dan tahun ini adalah jawapannya.

Nokia 8 miliki panel paparan 5.3″ beresolusi QHD

Arena flagship tahun ini menerima satu penyertaan baru dan pada harga RM2,299, pesaing ini tidak boleh dipandang ringan kerana untuk segmen flagship bawah RM2,500 kita ada Xiaomi Mi 6 dan OnePlus 5 yang sudahpun terkenal sebagai peranti flagship mampu milik.

Seperti kebanyakkan pengeluar Android premium yang lain, Nokia turut menekankan bahagian kamera sebagai ciri utama pada Nokia 8 lagi-lagi dengan adanya cap Zeiss pada kamera berkembar belakang telefon ini. Implementasi kamera berkembar pada Nokia 8 menyerupai Huawei P10 kerana salah satu kameranya hanya mengambil gambar hitam putih.

Badan Nokia 8 ditempa daripada sebongkah alumunium siri 6000

Ia dikatakan meningkatkan butiran pada gambar apabila imej hitam/putih digabungkan dengan imej berwarna daripada kamera sebelahnya. Mari kita imbas kembali spesifikasi asas Nokia 8.

Pada papan utama, pengguna akan menemui cip Snapdragon 835 bersama-sama RAM 4GB. Storan 64GB disediakan tetapi boleh diperluas melalui slot SIM/mikro-SD hibrid. Semua kamera pada Nokia 8 menggunakan sensor 13MP dengan apertur F2.0 dan bateri yang menguasakan segala komponen elektroniknya adalah bateri 3,090mAh.

TheSkop berpeluang untuk memandu uji Nokia 8 selama 2 minggu untuk menilai bolehkan ia bersaing dengan flagship lain.

Baca carapan awal kami terhadap Nokia 8.

Halaman Berikutnya

Trackbacks

  1. […] seluas  64GB disediakan tetapi boleh diperluas melalui slot mikro-SD/SIM hibrid. Baca artikel Test Produk kami berkaitan Nokia 8 untuk maklumat […]

Apa komen anda?