Tekanan menaip di Twitter akan berkurang dengan had 280 aksara

Twitter dicipta dengan had 140 aksara kerana mengikuti had SMS. Tetapi had ini akan berubah tidak lama lagi, kerana Twitter hari ini mengumumkan sedang menguji had baru, 280 aksara.

Menurut kajian Twitter, bahasa seperti Jepun, Korea dan China memerlukan penggunaan perkataan yang kurang berbanding bahasa Inggeris. Kebanyakan tweet berbahasa Jepun menggunakan hanya 15 aksara, manakala bahasa Inggeris kebanyakannya 34 aksara.

Bertweet sehingga ke maksima 140 aksara, hanya digunakan sebanyak 0.4% bagi bahasa Jepun, berbanding 9% di bahasa Inggeris. Kerana itu, kajian Twitter mendapati ramai pengguna berbahasa Inggeris lebih tertekan kerana tidak dapat meluahkan apa yang mereka mahu di Twitter kerana had 140 aksara.

Langkah ini boleh dikatakan paling radikal buat Twitter, walaupun mereka telah membuang beberapa had, seperti tidak mengira kepilan media dan pautan yang dipendekkan secara automatik. Malah, Twitter pernah dikhabarkan mahu memperkenalkan had 10,000 aksara satu ketika dahulu.

Anda akan dapat menyemak samada sudah menerima had baru 280 aksara, dengan melihat had kiraan di bawah kanan ketika menaip tweet.

Perkara ini pastinya berita baik untuk semua terutama kita pengguna bahasa Malaysia, kerana bahasa kita memerlukan lebih perkataan berbanding Inggeris untuk menyatakan perkara yang sama. Harapnya lepas ini penggunaan bahasa ringkas tanpa huruf vokal atau bahasa Wicet di Twitter akan berkurangan.

[SUMBER: TheVerge, Twitter]

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: