Siapa baru beli GoPro Hero 5? Hero 6 Dah Dilancarkan

Share Button

Anda baru beli GoPro HERO5? Ini berita kurang enak untuk didengar kerana GoPro baru saja melancarkan HERO6 di A.S sebentar tadi. Keupayaan merakam telah dinaik taraf sekali ganda lagi. Video 4K kini boleh mencapai kadar bingkai (FPS) setinggi 60fps dan gerak perlahan 120fps kini boleh dirakam dalam resolusi 2.7K.

Semua kelebihan yang diperkenal pada GoPro HERO5 telah diwariskan kepada GoPro HERO6. Ia kalis air sehingga 10 meter tanpa memerlukan perumah khas, miliki sensor GPS, paparan peka sentuhan, dan kawalan suara. Walau bagaimanapun, masih tiada penstabil imej optikal diperkenal dan ia tetap menggunakan EIS.

Apa yang baru pada GoPro HERO6 adalah cip pemproses khas, cip GP1, yang dihasilkan syarikat Socionext. Ia adalah satu penghijrahan yang besar kerana sebelum ini, semua kamera digital GoPro dikuasakan cip Ambarella. Ia membolehkan rakaman 4K sehingga 60fps dilakukan. Daripada segi sensor, ia masih menggunakan sensor 12MP seperti sebelum ini.

Di A.S., HERO6 dijual pada harga USD499 (RM2,111). Ia dijual secara kombo bersama dron Karma pada harga USD1,199 (RM5,073).

Apa komen anda?