Rebut peluang kedua tawaran istimewa Galaxy Note8

Telefon terbaru Samsung akan membuat ketibaan rasmi pada hari Khamis ini, dan Samsung meraikannya dengan mengadakan pameran jelajah di 3 lokasi di Malaysia: Pavilion (Kuala Lumpur), Gurney Plaza (Penang) and AEON Tebrau City (Johor Bahru). Pameran jelajah ini turut menyediakan promosi dan tawaran menarik untuk telefon pintar Galaxy Note8.

Dari 21-24 September 2017, pameran jelajah Galaxy Note8 akan diadakan di 3 lokasi. Pembeli Galaxy Note8 di pameran ini akan menerima hadiah percuma berupa Samsung Gear VR bernilai RM499 dan perlindungan skrin Samsung bernilai RM149 untuk menukar skrin retak satu kali.

Tetapi khas untuk pameran di Pavilion (Kuala Lumpur), 100 pembeli pertama berpeluang bertemu dengan aktres popular dan ahli Running Man, Song Ji Hyo dan menerima pelindung lutsinar atau poster yang ditandatangani oleh beliau sendiri. Pameran Galaxy Note8 di Pavilion akan bermula jam 11 pagi, manakala di Pulau Pinang dan Johor Bahru dari jam 10 pagi pada hari Khamis ini.

Jika anda tidak dapat pergi ke pameran jelajah di 3 lokasi ini, Samsung turut menyediakan tawaran hebat di Stor Samsung seluruh Malaysia. Pengguna kad Maybank boleh mendapat 3 kali ganda mata ganjaran Treat Points dan pengeccas kereta bernilai RM89, dengan membuat pembelian menggunakan ansuran mudah 0% Maybank.

Samsung juga menawarkan pakej perlindungan pintar untuk pemilik Galaxy Note8, di mana perlindungan skrin Samsung bernilai RM149, boleh dibeli pada harga RM89. Manakala Perlindungan tambahan yang memberikan jaminan tahun ke-2, ditawarkan pada harga RM238 berbanding harga asal RM298.

Samsung turut menyediakan program tukar tebus telefon lama kepada rebat untuk membeli Galaxy Note8. Selain telefon pintar Samsung, mereka juga menerima jenama lain seperti Apple iPhone, Huawei, OPPO dan juga Vivo. Rujuk terma dan syarat di sini, serta senarai penuh telefon pintar yang terlibat dalam program tukar tebus ini.

Semua pemilik Galaxy Note8 juga boleh menikmati ganjaran menerusi aplikasi mySamsung, dari jenama seperti The Coffee Bean & Tea Leaf, Clinique, Honest Bee, Air Asia, Agoda dan Zalora. Manakala penggunaan Samsung Pay pula menyediakan baucer petrol Petronas berniali RM10 percuma.

Galaxy Note8 adalah telefon pintar dengan tambahan S-Pen yang menjadi keunikannya. Ia kini memiliki paparan Super AMOLED Infinity serta kamera berkembar belakang yang pertama di Samsung. Ia dijual pada harga RM3,999 dengan pilihan tiga warna iaitu Maple Gold, Orchid Gray dan Midnight Black.

Maklumat lanjut pameran ini boleh dirujuk di laman promosi Samsung Galaxy Note8 Roadshow. Untuk mengenali lebih lanjut tentang telefon pintar terbaru Samsung, layari laman produk Samsung Galaxy Note8.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: