[PERBANDINGAN] Tawaran Samsung Galaxy Note8 Melalui Telco

Samsung Galaxy Note8 adalah telefon terbaru yang dilancarkan Samsung pada bulan lepas. Ia adalah telefon Samsung pertama yang ada dua kamera berkembar serta yang paling mahal setakat ini pada RM3,999. Tempoh tempahan Note8 sudahpun dibukan bermula 5 September hingga 10 September melalui beberapa telco Malaysia.

Celcom, Digi, Maxis, U Mobile, dan Yes masing-masing sudah mengumumkan tawaran tempahan Note8 di laman web masing-masing. Semuanya menyediakan pemilikan Note8 menerusi langganan pelan telco yang ditambat pada kontrak selama 24 bulan.

TheSkop sudah menghimpunkan semua tawaran ini dan mempersembahkan mereka dalam bentuk jadual yang mudah difahami. Antara maklumat yang boleh anda perolehi adalah seperti:

  1. Komitmen bulanan untuk pelan telco
  2. Kuota data/suara/SMS yang akan diperoleh
  3. Berapa banyak yang perlu dibayar di kaunter kelak
  4. Jumlah yang dibelanjakan  untuk memiliki Note8 bersama langganan telco selama 24 bulan.

Maxis

Maxis menyediakan enam saluran untuk anda mendapatkan Note8 melalui mereka. Tiga daripadanya adalah menerusi program Zerolution. Program ini membolehkan anda mendapatkan Note8 secara ansurans.

Walau bagaimanapun, komitmen bulanan yang perlu dibayar anda adalah komitmen pelan dan juga komitmen telefon. Misalnya untuk MaxisONE 128 beserta Zerolution, anda perlu membayar 260 setiap bulan.

Semua pelan MaxisONE memberikan anda panggilan suara dan SMS tanpa had ke semua rangkaian. Mereka turut menyediakan sekurang-kurangnya 30GB data yang dibahagikan sama rata untuk kegunaan hari minggu dan hari biasa.

Simbol ∞ dalam jadual ini bermaksud Tanpa Had


Digi & U Mobile

Digi dan U Mobile masing-masing mnyediakan tiga pelan pemilikian Note8. Digi membahagikan kuota Internetnya untuk kegunaan hari minggu dan hari biasa, sama sepeti Maxis, dalam nisbah 1:1. U Mobile pula tidak melakukan sebarang pembahagian data.

Lima daripada enam pelan memberikan panggilaan suara tanpa had manakala pelan U Mobile Ultimate Device 60 memberikan 60 minit masa berbual.

Hanya Digi mengenakan kadar sama rata kepada semua rangkaian sedangkan U Mobile mengenakan bayaran berlainan kadar untuk panggilan ke rangkaian luar.

Pengguna U Mobile akan mewah daripada segi kuota data kerana mereka ada Video-Onz, Music-Onz, App-Onz. Ada juga pelan yang menerima Roam-Onz, data roaming percuma sehingga 8GB.

Simbol ∞ dalam jadual ini bermaksud Tanpa Had


Celcom & Yes 4G

Dua telco biru ini turut tidak ketinggalan menawarkan Note8 melalui pelan telco masing-masing. Celcom menawarkan empat pelan manakala Yes menawarkan dua pelan.

Pelan Yes dilihat paling ringkas. Mereka memberi sehingga 50GB tanpa pecahan kuota. Panggilan dan SMS sesama rangkaian Yes adalah percuma tetapi panggilan dan SMS berlainan rangkaian dikenakan bayaran.

Untuk Celcom, mereka memberikan kuota permesejan sosial percuma dan data Video Walla sehingga 100GB. Data Internet untuk pelan selain Celcom FIRST Platinum Plus dibahagikan 50/50 untuk digunakan pada hari minggu dan hari biasa.

Semua pelan Celcom memberikan panggilan suara tanpa had dan hanya pelan Platinum memberikan SMS tanpa had.

Simbol ∞ dalam jadual ini bermaksud Tanpa Had


Analisis Kos Pemilikian Galaxy Note8 Bersama Telco

Jadual dibawah menghimpunkan 18 pelan pemilikan Samsung Galaxy Note8 daripada pelbagai telco terkemuka Malaysia. Semua pelan sudah disusun mengikut jumlah kos pemilikan daripada termurah (kiri) hingga termahal (kanan).

Jumlah kos pemilikan adalah hasil tambah setiap sen yang anda belanjakan untuk memiliki sebuah Samsung Galaxy Note8 bersama 24 bulan pelan panggilan daripada telco yang anda pilih.

Pelan dengan komitmen bulanan RM60 hingga RM98

Simbol ∞ dalam jadual ini bermaksud Tanpa Had

Pelan dengan komitmen bulanan RM108 hingga RM138

Simbol ∞ dalam jadual ini bermaksud Tanpa Had

Pelan dengan komitmen bulanan RM148 hingga RM290

Simbol ∞ dalam jadual ini bermaksud Tanpa Had

Julat kos pemilikan Note8 dalam jadual ini adalah antara RM4,397 hingga RM7,378.

U Mobile Ultimate Device 60 adalah pelan paling murah untuk dilanggan dan di akhir kontrak, anda hanya berbelanja RM4,397 berbanding RM7,378 jika anda melanggan MaxisOne Plan 188 bersama Zerolution.

Walau bagaimanapun, melalui program Zerolution, anda membeli Note8 secara ansurans dan tiada satu senpun perlu dikeluarkan di hari pembelian.

Jika anda ingin komitmen bulanan kurang daripada RM100 anda boleh melihat pada

  1. U Mobile Ultimate Device 60
  2. Digi Postpaid 78
  3. Yes Postpaid 88
  4. U Mobile Ultimate Device 90
  5. Celcom FIRST Gold Plus

Faktor Pemilihan Lain

Selain wang yang perlu dibelanjakan, terdapat satu kriteria lain yang perlu dititikberatkan semasa memilih telco mana yang ingin anda sertai iaitu kualiti rangkaian.

Kualiti rangkaian adalah sesuatu yang dinamik dan ia sentiasa berubah mengikut masa dan geografi. Anda mungkin tak menghadapi masalah liputan rangkaian jika berada di bandar raya Kuala Lumpur tetapi ia adalah faktor yang kritikal untuk penduduk luar bandar.

OpenSignal adalah salah satu portal yang menyediakan maklumat tentang liputan telco seluruh dunia. Ia boleh digunakan untuk memeriksa liputan telco untuk rangkaian 3G/4G di tempat anda. Apps OpenSignal ada untuk platform Android dan iOS.

Maklumkan kepada kami jika ada kesalahan fakta dalam jadual yang dikongsi dalam artiekl ini.

 

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: