Nokia 3310 Awet Muda, Kini Ada Edisi 3G

Share Button

Nokia 3310 memang hebat, bukan saja dilihat sebagai telefon paling kukuh dalam zamannya, ia juga kalis dimamah peredaran zaman. Buktinya, Nokia 3310 kini mampu bersambung ke rangkaian 3G.

Nokia 3310 yang dilancarkan tak lama dulu hanya menyokong sambungan 2G, disebabkan semakin banyak negara sedang menjalankan inisiatif mematikan 2G untuk memacu pertumbuhan 4G, 3310 yang menyokong 2G hanyalah seperti melepaskan beduk di tangga.

Masih lagi mengekalkan reka bentuk seperti sebelumnya, ia kini turut diberikan cip Bluetooth 2.1 yang boleh bersambung dengan speaker ataupun headfon bluetooth kegemaran anda. Ia turut dilengkapi dengan slot mikro-SD yang mampu menampung kad sehingga 32GB.

Nokia 3310 edisi 3G dijual harga EUR69 (sekitar RM343) bermula pertengahan Oktober ini. Untuk perbandingan, Nokia 3310 2G sedang dijual di Malaysia pada harga RM239.

[Sumber: HMD Global, Nokia]

Apa komen anda?