Alternatif kepada Overwatch dan Paladins Kini Percuma Di Steam

Kalau tabungan anda untuk beli Overwatch masih belum mencukupi dan sudah puas dengan Paladins yang penuh pemain menggunakan hack, mari cuba Mirage: Arcane Warfare yang ditawarkan secara percuma di Steam untuk 24 jam (1 pagi 7 September hingga 1 pagi 8 September) bermula hari ini. Dilancarkan pertengahan Mei lalu, permainan ini menerima rekasi bercampur baur negatif dan positif.

Penjualannya juga hambar mungkin dek keutuhan permainan yang sama genre daripada pengeluar gergasi lain.

Mirage: Arcane Warfare adalah permainan multipemain dalam talian bergenre gocoh berbentuk FPS. Pelbagai jenis hero dengan keupayaan tertentu boleh dipilih untuk mengakali pemain lawan.

Tindakan menawarkan permainan ini secara percuma berkemungkinan besar adalah langkah pembangun, Torn Banner Studios, untuk mewujudkan komuniti pemain. Komuniti yang kukuh membolehkan mereka beroleh maklum balas seterusnya menambah baik permainan ini.

Selepas 24 jam, Mirage: Arcane Warfare ditawarkan pada harga USD 9.99. Masukkan permainan ini kedalam Library Steam anda hari ini.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: