Keluarga Zenfone 4 yang terpisah kembali bertemu di Malaysia

ASUS baru sahaja melancarkan keluarga Zenfone 4, yang hadir dalam pelbagai model. Tetapi ia terbahagi kepada tiga jenis iaitu Zenfone 4, Zenfone 4 Selfie dan Zenfone 4 Max. Buat masa ini di Malaysia, hanya dua model yang telah dijual iaitu Zenfone 4 Selfie dan Zenfone 4 Max.

Tidak lama lagi dalam waktu yang sangat hampir, ASUS Malaysia akan memperkenalkan edisi biasa Zenfone 4 serta Zenfone 4 Pro ke Malaysia. Dengan ini, lengkaplah keluarga Zenfone 4 yang dilancarkan bersama dutanya, Gong Yoo di Taiwan.

Duta Zenfone 4, Gong Yoo (kiri)

Menurut ASUS Malaysia, Zenfone 4 akan mula dijual di Malaysia pada pertengahan bulan September ini, manakala Zenfone 4 Pro sekitar hujung bulan September. Harga bagi Zenfone 4 turut diumumkan tetapi tidak bagi Zenfone 4 Pro. Dari sepesifikasinya, kami jangkanan Zenfone 4 Pro akan berharga melewati RM3,000.

Berikut adalah harga bagi keluarga Zenfone 4 di Malaysia:

  • Zenfone 4 Max – RM1,099
  • Zenfone 4 Selfie – RM1,299
  • Zenfone 4 Selfie Pro – RM1,799
  • Zenfone 4 – RM2,099
  • Zenfone 4 Pro – mungkin lebih RM3,000

Dwi kamera belakang ASUS Zenfone 4

Sedikit sebanyak, Zenfone 4 ibarat naiktaraf bagi Zenfone 3 Zoom. Ia diperkasa pemproses Snapdragon 630 yang baru, bersama 6GB RAM dan storan 64GB. Persamaan ketaranya terletak pada dwi kamera belakang bersifat zum optikal.

Dwi kamera belakang Zenfone 4 adalah gandingan lensa utama 12MP f1.8 berkuasa OIS+EIS dan bersudut 83-darjah, bersama lensa kedua 8MP f2.2 bersudut lebar 120-darjah. Kamera hadapan pula dibekalkan lensa 8MP f2.0 24mm.

Tetapi bateri di dalam Zenfone 4 jauh lebih kecil, di mana ia memiliki hanya 3,300mAh bateri berbanding 5,000mAh di Zenfone 3 Zoom. Syukur ia menggunakan sambungan terbaru USB-C dan masih memiliki port audio 3.5mm.

Dwi kamera belakang ASUS Zenfone 4 Pro

Bagi Zenfone 4 Pro pula, ia jauh lebih berkuasa dengan perkakas dalaman seperti Snapdragon 835, RAM sebesar 6GB dan storan seluas 128GB yang menyokong kad memori mikroSD. Baterinya sedikit besar dari Zenfone 4, berkapasiti 3,600mAh yang boleh dicas pantas melalui USB-C.

Ada tak model Zenfone 4 yang bersesuaian dengan anda? Untuk mengenali semua model dengan lebih lanjut, rujuk laporan kami sebelum ini: Malaysia Anak Emas Asus Semasa Pelancaran Keluarga ZenFone 4.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: