Jika benar harga ini, Nokia 8 memang sangat menarik

Tidak sampai sebulan selepas diumumkan, telefon pintar Nokia 8 kini diumumkan akan tiba di Malaysia. Ia berikutan jemputan majlis pelancaran Nokia 8 di Malaysia telah mula diedarkan.

Pelancaran Nokia 8 di Malaysia jatuh pada hari Jumaat ini, 8 September 2017. Dengan ini, lengkaplah barisan telefon pintar Nokia dari kelas permulaan dan pertengahan melalui Nokia 3, 5 dan 6, serta kelas utama iaitu Nokia 8.

Berita pelancaran Nokia 8 di Malaysia ini turut disusuli dengan satu lagi berita lain yang penting, iaitu harganya. Satu Page Facebook yang menggunakan nama Nokia Malaysia Store, menyatakan Nokia 8 akan dijual di Malaysia dengan harga RM2,299.

Dear nokia fans

Good news Nokia 8 launch at 8/9/2017 (RM2299.00)
Color : Steel and Blue

Preorder the Nokia8 at…

Posted by NOKIA Malaysia Store on Tuesday, September 5, 2017

Jika benar, harga RM2,299 untuk Nokia 8 ini agak mengejutkan kerana ketika diumumkan buat pertama kalinya, tanda harganya di Eropah ialah EUR599 (~RM3,030). Lebih kurang RM700, ini perbezaan yang sangat besar.

Facebook Page Nokia Malaysia Store turut menyatakan ia akan menerima tempahan melalui kedainya di Bangsar Shopping Centre, dengan dua pilihan warna, Steel dan Biru. Aksesori Nokia 8 turut akan dijual sama.

Selain harga yang jauh lebih murah berbanding di Eropah, RM2,299 juga menandakan Nokia 8 adalah telefon kelas utama dengan harga lebih rendah dari jenama lain. Dengan kuasa Snapdragon 835 di dalam, ia hanya tewas dari segi harga kepada Xiaomi Mi 6 sahaja. Cuba bandingkan harga telefon pintar kelas utama yang lain:

  • Xiaomi Mi 6 – RM1,899 (Snapdragon 835, 6GB, 64GB)
  • Nokia 8 – RM2,299 (Snapdragon 835, 4GB, 64GB)
  • OnePlus 5 – RM2,388 (Snapdragon 835, 6GB, 64GB)
  • Huawei P10 – RM2,599 (Kirin 960, 4GB, 64GB)
  • LG G6 – RM2,599 (Snapdragon 821, 4GB, 64GB)
  • HTC U11 – RM3,099 (Snapdragon 835, 6GB, 128GB)
  • Samsung Galaxy S8 – RM3,299 (Exynos 8895/Snapdragon 835, 4GB, 64GB)

Selain pemproses Snapdragon 835, Nokia 8 turut dibekalkan RAM sebanyak 4GB serta storan dalaman 64GB dan sedia menerima kad mikroSD. Skrinnya hanya sebesar 5.3-inci tetapi dengan resolusi tinggi QuadHD 2560×1440.

Ia juga telefon pertama Nokia yang memiliki kamera berkembar di belakang, gabungan sensor 13MP monokrom dan RGB bersama kaca optik Zeiss. Kamera hadapan juga menggunakan sensor 13MP. Fungsi uniknya Bothie, boleh mengambil gambar, video serta Facebook Live menggunakan kamera depan dan belakang serentak.

Adakah harga RM2,299 cukup menarik minat anda? Kena tunggu pengesahan rasminya pada hari Jumaat ini.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: