Jangan Kata Telefon Nirbingkai Mahal Sebab Wiko Ada Yang Termurah!

Share Button

Minggu ini adalah minggu untuk telefon nirbingkai di Malaysia , mana taknya selepas Huawei nova 2i dan Vivo v7+, Wiko telah menghantar dua wakilnya untuk bertanding dalam gelanggang telefon nirbingkai iaitu

  • Wiko View
  • Wiko View Prime

Wiko View Prime

Wiko View Prime

Kedua-dua telefon ini mengenakan panel paparan bernisbah 18:9 yang biasa digunakan pada telefon nirbingkai lain. Walau bagaimanapun, resolusi yang diberikan padanya hanyalah 720p, seperti vivo V7+.

Diamati helaian spesifikasi kedua-duanya, jelas ia disasarkan pada kelas permulaan berbanding kelas pertengahan.
Varian yang lebih tinggi, View Prime, menggunakan cip Snapdragon 430 yang dipadankan dengan RAM 4GB beserta storan 64GB. View pula diberikan cip Snapdragon 425 bersama kombo RAM/storan sebanyak 3GB/32GB.

Wiko View

Wiko View

Pada bahagian optikal, hanya varian lebih tinggi memiliki dwikamera depan dengan sensor 20MP bersama 8MP untuk mengukur kedalaman sementara Wiko View menggunakan menggunakan kamera depan 16MP dan 13MP sebagai kamera belakang.

Kedua-duanya telefon ini sudah mula dijual pada harga:

  • Wiko View Prime – RM1,199
  • Wiko View – RM899

Jika anda berminat untuk mendapatkan sebuah, siri Wiko View akan mula dijual dalam bulan Oktober ini. Tiada tarikh khusus diberitahu tetapi anda boleh subscribe ke Facebook Wiko Malaysia untuk maklumat lanjut.

Apa komen anda?