Hotlink RED Pass Baru Tawar Data Sehingga 46GB Dan Panggilan Tanpa Had

Pelan Internet Hotlink ditawarkan dalam bentuk RED Pass. Ia ditawarkan dalan bentuk Bulanan, Minggunan, dan Harian. Hotlink telah memperperkemas tawaran RED Pass untuk memberi lebih banyak nilai kepada penggunanya.

Yang paling nyata berubah adalah pelan Bulanan yang termahal. Sebelum ini RM70 memberikan anda 38GB beserta 100 minit panggilan suara ke semua rangkaian. Kini pakej itu telah diturunkan menjadi RM60 tetapi 100 minit had panggilan ditukar kepada tanpa had.

Maka, jika anda adalah pelanggan Hotlink FAST, anda akan menerima sejumlah 46GB data mengikut pecahan berikut:

  • 8GB data sepanjang masa
  • 30GB data Happy Hour
  • 8GB data FREE 2GB Weekend

Dua lagi pelan iaitu RM45 dan RM35 tidak menerima kuota panggilan suara tetapi masih menerima data 30GB Happy Hour serta data biasa berjumlah masing-masing 8GB dan 5GB.

Tawaran RED Pass yang lama

Untuk pelan mingguan, RM10 membolehkan anda menerima 1GB Internet bersama-sama data 7GB Happy Hour. Kemudian pelan RM8 dan RM5 masing-masing diberikan data berjumlah 500MB dan 150MB.

Tiada perubahan diperhatikan pada pelan harian yang memberikan 1GB data. Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

%d bloggers like this: