Dwikamera Mana Cukup, Nova 2i Ada Kuadkamera

Share Button

Selain siri P dan siri Mate yang mengisi kategori flagship, Huawei turut ada siri nova sebagai peserta kategori kelas pertengahan. Ahli terbaru siri nova adalah nova 2i yang merupakan telefon pertama dunia yang miliki empat kamera!

Dua kamera depan dan belakang membolehkan anda menghasilkan gambar bokeh tidak kiralah sama ada kamera depan ataupun belakang digunakan. Kamera belakang nova 2i memiliki sensor 16MP yang digandingkan bersama sensor 2MP untuk mengukur kedalaman. Sensor yang sama turut hadir pada kamera depan tetapi ia digandingkan dengan kamera 13MP.

Kamera bukanlah satu-satunya ciri unik nova 2i, paparannya juga sesuatu yang perlu diambil perhatian. Anda beroleh paparan 18:9 dengan resolusi HD penuh 1080×2160. Ia menjadikan telefon ini sedikit panjang berbanding telefon yang menggunakan paparan widescreen biasa.

Kesemua perkakasan elektronik nova 2i dikuasakan sebuah bateri berkapasiti 3,340mAh. Namun, tiada pengecasan pantas disediakan.

Spesifikasi teknikal nova 2i menyamai telefon nova 2 plus. Pada papan utama, anda akan menemui cip pemproses Kirin 695, RAM 4GB, dan ROM 64GB. Kelebihan nova 2 plus berbanding nova 2i adalah pada kamera depan 20MP serta ROM seluas 128GB. Tapi, harga nova 2 Plus adalah RM1,999.

Huawei nova 2i dijual pada harga RM1,299 anda boleh membelinya bermula 13 Oktober ini. Pembelian terawal akan menerima hadiah bernilai RM499 yang mengandungi sepasang headfon, kayu selfie, dan powerbank.

 

 

Comments

Trackbacks

  1. […] turut ada alternatif jika RM1,699 tidak menepati bajet anda. Nova 2i akan mula dijual 13 Oktober ini. Ia memiliki spesifikasi yang hampir sama tetapi ada 2 kamera depan […]

  2. […] ini adalah minggu untuk telefon nirbingkai di Malaysia , mana taknya selepas Huawei nova 2i dan Vivo v7+, Wiko telah menghantar dua wakilnya untuk bertanding dalam gelanggang telefon […]

Apa komen anda?