Dapatkan pelbagai sebut harga insuran kenderaan dengan GetCover

Share Button

Sistem baru insuran kenderan di Malaysia kelihatan agak rumit kerana banyak perkara perlu dipertimbangkan. Jika mahu mendapatkan sebut harga insuran kenderaan dengan mudah, anda boleh cuba menggunakan aplikasi GetCover.

GetCover adalah platform mudahalih yang lahir dan dimiliki sepenuhnya oleh rakyat Malaysia. Dengan GetCover, orang ramai boleh mendapatkan sebut harga insuran kenderaan mereka dan seterusnya membuat bayaran bersama cukai jalan, dalam masa 10 minit sahaja.

Pengguna GetCover boleh mendapatkan sebut harga dengan sangat pantas, kerana sistem GetCover berhubung terus dengan sistem Insurance Services Malaysia (ISM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Ia juga mudah digunakan di mana jua kerana aplikasi GetCover boleh dimuat turun dari Apple Appstore dan Google Playstore.

Untuk mendapatkan sebut harga, pengguna perlu memberikan maklumat peribadi iaitu nama, nombor kad pengenalan, emel, nombor telefon, nombor pendaftaran kenderaan serta syarikat insuran sebelum ini.

Buat permulaan ini, GetCover bekerjasama dengan syarikat insuran MPI Generali, LonPac dan Zurich Insurance & Takaful. Lebih banyak lagi syarikat insuran lain akan ditambah ke platform GetCover kelak.

Satu perkara yang membezakan GetCover dengan yang lain, adalah sistem ganjarannya. Pengguna boleh mendapatkan ganjaran menerusi rujukan (referral). Setiap pengguna mempunyai kod rujukan unik. Jika rakan atau sesiapa sahaja mendaftar dan menggunakan servis GetCover melalui rujukan pengguna, maka kedua-duanya akan menerima cashback sebanyak RM20.

Tiada sebarang caj dikenakan untuk penggunaan GetCover. Malah mendapatkan sebut harga juga percuma. Hanya bayar jumlah insuran seperti biasa.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.getcover.asia.

Apa komen anda?