Benarkah harga dan tarikh penjualan iPhone 8 di Malaysia ini?

Share Button

Ini berita paling hampir tentang ketibaan set rasmi iPhone 8 dan 8 Plus di Malaysia. Laman e-dagang 11street, telah mengumumkan pembukaan tempahan iPhone 8 dan 8 Plus dengan jaminan dari Apple Malaysia.

Tempahan iPhone 8 dan 8 Plus di 11street telah mula dibuka hari ini. 11street turut memaparkan harga bagi tempahan telefon pintar terbaru Apple ini.

  • iPhone 8 64GB – RM3,649
  • iPhone 8 256GB – RM4,399
  • iPhone 8 Plus 64GB – RM4,149
  • iPhone 8 Plus 256GB – RM4,899

Harga ini dilihat lebih tinggi dari jangkaan kami sebelum ini, di mana kami menjagkakan iPhone 8 64GB akan berharga RM3,499 dan iPhone 8 Plus 64GB pula RM4,099.

11street turut menawarkan hadiah percuma bernilai RM200 untuk tempahan awal iPhone 8 dan 8 Plus ini. Ia berupa kabel Remax Lesu (RM19), pelindung kaca tempered KJD (RM69), Powerbank Cager S15 6,000mAh (RM63) dan casing KJD (RM49).

Untuk tempahan ini, ia akan dihantar bermula dari 30 Oktober 2017. Jika benar semua maklumat ini, kita akan boleh melihat iPhone 8 dan 8 Plus mula dijual secara rasmi di kedai serta ditawarkan syarikat telekomunikasi pada 30 Oktober juga.

Bagaimanapun, masih belum ada kenyataan rasmi mahupun desas-desus terutama dari syarikat telekomunikasi tentang harga dna tarikh penjualan iPhone 8. Tempahan di 11street ini boleh dikatakan masih belum tetap lagi.

Tetapi untuk anda yang tidak sabar untuk mengeluarkan duit bagi membuat tempahan iPhone 8 atau 8 Plus, boleh berbuat demikian dengan melawat laman tempahan iPhone 8 dan 8 Plus di 11street.

Oh, jangan lupa juga untuk menggunakan ShopBack. Boleh dapat Cashback kalau buat pembelian di 11street.

Trackbacks

  1. […] dan 8 Plus baru sahaja diumumkan Apple Malaysia. Harganya pula, mungkin menghampiri kenyataan yang dikeluarkan oleh 11street. Tetapi adakah rakyat Malaysia masih berminat untuk membeli telefon pintar terbaru […]

  2. […] lepas, 11street telah pun mula membuka pra tempahan iPhone 8 dan 8 Plus di laman e-dagang mereka. Penghantaran […]

Apa komen anda?