Beli telefon Wiko dan dapatkan satu lagi telefon percuma

Promosi turun harga dan tawaran istimewa sempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia kini diteruskan oleh Wiko. Jenama berasal dari Perancis ini menawarkan diskaun dan hadiah percuma untuk pembelian telefon pintar Wiko yang terpilih.

Dari 30 Ogos sehingga 30 September 2017, Wiko menawarkan diskaun RM100 untuk pembelian Wiko Ufeel Fab, serta hadiah percuma untuk pembelian Ufeel Prime, Ufeel Pulse dan Robby 2GB. Tawaran ini adalah seperti berikut:

  • Ufeel Fab – RM699 (selepas diskaun RM100, harga asal RM799)
  • Ufeel Prime – RM899 (percuma WiBOARD Smart Folio bernilai RM99)
  • Ufeel Pulse – RM799 (percuma WiBOARD Smart Folio bernilai RM99)
  • Robby 2GB – RM529 (percuma WiCube Smart Folio & pelindung skrin tempered glass bernilai RM99)

Tawaran Wiko ini boleh didapati di semua stor Wiko Experience serta stor eksklusif Wiko.

Bukan ini sahaja, pembeli telefon pintar Wiko dalam tempoh promosi ini turut berpeluang memenangi hadiah tambahan menerusi peraduan cabutan bertuah. Hadiah yang disediakan berupa 6 unit telefon pintar Wiko serta 60 keping kad Starbucks.

Penyertaan cabutan bertuah ini amat mudah. Sediakan resit pembelian, kemudian pergi ke laman web cabutan bertuah Wiko Malaysia. Ambil gambar resit pembelian dan muat naik ke laman web tadi. Lengkapkan slogan dan isi maklumat peribadi. Pemenang akan dipilih dari slogan terbaik, dan diumumkan pada 9 Oktober 2017.

Wiko memiliki banyak model telefon pintar yang mampu milik, dengan rekaan yang berbeza dari yang lain. Jangan terlepas promosi ini dan sertai cabutan bertuah jika anda membeli telefon pintar Wiko.

Maklumat lanjut boleh dirujuk di laman web my-en.wikomobile.com serta Facebook Wiko Malaysia.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: