Banyak syarikat boleh jimat dengan Airbnb for Work

Share Button

Syarikat dapat berjimat lebih banyak apabila menggunakan perkhidmatan Airbnb for Work. Patutlah sektor perhotelan sangat tidak suka dengan perkembangan Airbnb ini.

Apa tidaknya, baru-baru ini Airbnb berjaya menandatangani kerjasama dengan syarikat terkemuka di Asia seperti Hyundai Motor, untuk menggunakan servis Airbnb for Work bagi pekerjanya.

Sebanyak 75% dari perjalanan perniagaan di Asia Pasifik, berlegar di dalam rantau yang sama. Ia turut membantu perkembangan Airbnb apabila menyaksikan peningkatan 5 kali ganda bagi tempahan korporat di antara 2016 dan 2017. Jumlah ini mengatasi purata peningkatan Airbnb global, yang meningkat 4.3 kali ganda sahaja.

Menurut David Holyok, Ketua Perjalanan Perniagaan Global, sejak dilancarkan sebanyak 53,000 syarikat di Asia Pasifik telah menggunakan perkhidmatan Airbnb for Work. Malah, kebanyakan mereka melanjutkan masa tempahan Airbnb sehingga ke hujung minggu, menjadikan purata tempahan kepada 6 hari berbanding 4 hari sebelum ini.

Apa perbezaan Airbnb for Work dengan yang biasa? Antaramuka Airbnb for Work memiliki perisian pengurusan perjalanan yang memudahkan pengurusan melihat laporan kewangan serta jadual perjalanan pekerja.

Ia juga membolehkan pengurusan membuat tempahan Airbnb untuk pekerja. Lebih baik lagi, mereka boleh mencari senarai Airbnb yang mesra perjalanan perniagaan, yang menyediakan servis tambahan seperti WiFi, daftar masuk 24 jam, ruang kerja khas, dan lain-lain.

Adakah Airbnb for Work dapat membantu memudahkan perjalanan perniagaan anda? Kena cuba sendiri ni, lagi-lagi jika anda sudah biasa menggunakan Airbnb. Belum cuba belum tau. Tak kenal maka tak cinta.

Layari laman web www.airbnb.com/work untuk maklumat lanjut.

Apa komen anda?