5 Android VS 1 iPhone, Pemenangnya Anda Tentukan

Samsung Galaxy Note8 baru saja dilancarkan bulan lepas dan minggu depan pula Apple akan melancarkan iPhone generasi terbaru. Tapi dalam pasaran bukan hanya ada Note8 dan iPhone, banyak lagi flagship yang boleh dipertimbangkan.

Kami bariskan 6 flagship 2016-2017 iaitu:

  1. Apple iPhone 7 Plus
  2. HTC U11
  3. Huawei P10 Plus
  4. OnePlus 5
  5. Samsung Galaxy S8+
  6. Xiaomi Mi 6

Sebanyak 8 ujian telah dilakukan dan ujian-ujian tersebut adalah:

  1. Makro
  2. HDR
  3. Keadaan Malap
  4. Ketajaman
  5. Warna
  6. Zoom
  7. Potret
  8. Swafoto

TheSkop ingin mengajak anda untuk mengadili satu siri ujian yang membandingkan kualiti gambar daripada enam telefon tersebut. Ia adalah satu ujian buta (blind test) dan hasil ujian akan diumumkan kepada anda selesai tempoh ujian.

Undian akan dibuka sehingga 11 September 2017, jam 6:00 petang dan hasil undian akan diterbitkan pada hari berikutnya.

Pinch & Zoom (mobile) halaman ini atau right click (pc) untuk memperbesar sampel imej.

Halaman Seterusnya: Jawapan

[nextpage title=”Keputusan”]

Masih ingat undian anda? Jom lihat adakah anda bersedia untuk bertukar kepada iPhone ataupun kekal di Android.

Jika anda ingin terus ke data analisis, terus ke halaman ini.

Makro


HDR


Ketajaman


Keadaan Malap


Warna


Zum


Mode Potret


Swafoto

Halaman seterusnya: Analisis Ujian

[nextpage title=”Analisis Ujian”]

Terima kasih kepada pembaca TheSkop yang menyertai ujian buta ini. Sebanyak 137 respons telah berjaya dipungut dan analisis data dilakukan seperti berikut:

Untuk setiap gambar, rensponden telah meletakkan rank, daripada 1 (paling baik) hinggalah 6 (paling teruk). Maka, gambar akan menerima pelbagai undian daripada 1 hinggalah 6, gergantung pada pentapat responden.

Kami memberikan 6 mata untuk setiap rank 1 yang diterima manakala 1 mata untuk setiap rank 6. Skor akan dijumlahkan untuk dibandingkan dengan imej-imej lain dalam ujian yang sama.

Skor tertinggi menunjukkan ramai yang berpuas hati dengan sesuatu gambar dan sebaliknya jika skor rendah.

Jom kita lihat hasil analisis.

Sebanyak 8 ujian telah dijalankan dan pemenang untuk setiap ujian adalah seperti berikut:

  1. Makro – Huawei P10 Plus
  2. HDR – Apple iPhone 7 Plus
  3. Keadaan Malap – Samsung Galaxy S8+
  4. Ketajaman – Samsung Galaxy S8+
  5. Warna – Huawei P10 Plus
  6. Zum – Huawei P10 Plus
  7. Potret – Apple iPhone 7 Plus
  8. Swafoto – Oneplus 5

Bersama-sama analisis ini kami sertakan spesifikasi kamera setiap telefon untuk rujukan anda.

 

Sungguhpun memungut skor terbanyak dalam siri ujian ini, telefon yang menduduki tangga kedua hingga terakhir tidak jauh ditinggalakan oleh pengumpul skor tertinggi. Contohnya dalam ujian HDR, beza antara yang skor tertinggi dengan terendah cuma 209 yang menunjukkan kemampuan mode HDR setiap telefon adalah setara.

Cuma perbezaan ketara boleh dilihat dalam ujian Makro yang menunjukkan perbezaan 535 mata. Ia jelas menunjukkan kemampuan optik Leica pada Huawei P10 Plus. Ujian Zum juga menunjukkan keputusan yang menarik kerana Huawei P10 Plus adalah satu-satunya telefon yang tiada zum optik tetapi pengguna masih menyukai hasil zum digital pada Huawei P10 Plus.

Adakah anda berpuas hati dengan ujian ini ataupun anda ada cadangan yang bernas bagi menambah baik ujian yang akan datang? Turunkan komen dibawah ataupun di Facebook.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia