Video Walla percuma untuk semua pengguna Celcom dan Xpax

Malaysia telah berjaya melepasi sasaran pingat emas sebanyak 111 di Sukan SEA KL2017. Celcom ingin bersama-sama meraikan kejayaan ini bersama pengguna dengan memberikan hadiah 1GB data kepada semua.

Dari 30 Ogos hingga 1 September 2017, pengguna Celcom dan Xpax boleh menikmati 1GB Video Walla selama 24 jam secara percuma. Celcom turut memberikan langganan iflix selama 30 hari percuma bersamanya.

Untuk mendapatkannya, pengguna perlu menebus tawaran ini menerusi aplikasi Xpax atau MyCelcom Postpaid. Pergi ke ruangan My Services, dan pilih pada Free 1GB Video Walla.

Kemudian, pengguna akan menerima 2 SMS menyatakan 1GB Video Walla percuma diaktfikan selama 24 jam, serta pemberian kod iflix percuma untuk 30 hari.

Untuk menebus kod iflix ini, pastikan anda bersambung ke talian Celcom (padamkan WiFi), dan lancarkan aplkasi iflix. Daftar akaun baru jika anda pengguna baru iflix, dan anda akan menerima 2 bulan iflix ditambah bulan ke-3 percuma menggunakan kod di dalam SMS tadi. Jika anda pengguna iflix sedia ada, kod tadi akan menambah 30 hari dari langganan sedia ada.

Video Walla adalah kuota data khas untuk menstrim video di platform terpilih iaitu YouTube, iflix, Netflix, Tonton, Astro GO, dimsum, HeroTalkies, MOX, Metro TV dan dailymotion. Kalau tak cukup, boleh melanggan Video Walla hanya RM1 untuk 1GB tambahan.

Ingat, tawaran 1GB Video Walla percuma ini perlu ditebus antara 30 Ogos hingga 1 September sahaja, menerusi aplikasi Xpax atau MyCelcom Postpaid. Untuk maklumat lanjut, boleh semak di laman web Xpax dan Celcom.

%d bloggers like this: