Telefon Terbaik Kurang Daripada RM800 Ialah…

Segmen telefon kelas pertengahan adalah yang menggabungkan telefon berspesifikasi tinggi dengan harga yang kompetitif. Kelas pertengahan popular dalam kalangan pengguna yang amat bertahafus sebelum memilih telefon.

Ia tidak menghairankan kerana mereka ini mempunyai pengetahuan yang mendalam akan dunia Android tetapi agak terhad daripada segi belanjawan. Maka, mereka memiliki objektif iaitu untuk memaksimumkan nilai bagi setiap sen yang dibelanjakan.

Dalam utusan kali ini, TheSkop menyenaraikan 10 model telefon yang mempunyai harga kurang daripada RM600.

10 peserta senarai “Telefon Bawah RM800 Pilihan TheSkop” adalah:

Moto E4

ASUS ZenFone Live

Xiaomi Redmi 4X

Samsung Galaxy J3 Pro

ASUS ZenFone 3 Max

Nokia 5

Vivo Y55s

Wiko Ufeel Fab

Moto E4 Plus

Xiaomi Redmi Note 4

Halaman Seterusnya: Perbandingan & Analisis
[nextpage title=”Perbandingan & Analisis”]

Kesemua 10 telefon yang disenaraikan tadi telah kami banding beza spesifikasinya dalam bentuk jadual supaya mudah difahami. Antara pemboleh ubah yang ada adalah seperti:

  1. Saiz Skrin
  2. Resolusi
  3. Pemproses
  4. RAM
  5. Storan Dalam & Luar
  6. Kamera Belakang & Depan
  7. Kehadiran pengimbas cap jari
  8. Bateri
  9. Sistem Operasi
  10. Slot SIM
  11. Harga

Tidak seperti telefon dalam kategori RM600 yang telah kami senaraikan, kategori RM601-RM800 nampaknya seimbang daripada segi penyertaan. Motorola, Asus, dan Xiaomi masing-masing miliki dua wakil dalam kategori ini. Baki empat slot diisi oleh Samsung, Nokia, Vivo dan Wiko dengan satu model.

Semua telefon dalam senarai ini mempunyai saiz skrin sekurang-kurangnya 5.0″. Hanya Redmi Note 4 menawarkan telefon berskrin HD 1080p dan yang paling besar iaitu 5.5″ walhal 9 pesaing yang lain hanya menggunakan skrin 720p.

Pengimbas cap jari kini menjadi komponen yang semakin penting pada telefon. Bukan saja digunakan untuk membuka telefon, maklumat biometrik daripada pengimbas turut digunakan untuk melog masuk sesetangah perkhidmatan perbankan seperti yang ditawarkan oleh aplikasi Maybank.

Tiga daripada telefon dalam senarai ini tiada pengimbas cap jari seperti ZenFone Live, Galaxy J3 Pro, da vivo Y55s. Walau bagaimanapun, kekurangan itu mungkin tertebus kerana semua telefon yang tiada pengimbas tersebut menggunakan cip Qualcomm Snapdragon yang terbukti lebih baik berbanding MediaTek.

Bercakap berkenaan cip pemproses pula, Redmi Note 4 adalah satu-satunya menggunakan Snapdragon 625. Cip ini memang terkenal sebagai raja cip telefon kelas tengah. Kita juga boleh melihat cip Snapdragon 410, 425, 430, 435 pada telefon dalam senarai ini.

Untuk telefon yang menggunakan cip MediaTek, tiga daripada empat menggunakan cip MT6737 manakala hanya satu menggunakan MT6735.

Bagi telefon yang berharga kurang daripada RM700, hanya Redmi 4X mempunyai bilangan RAM seluas 3GB yang juga merupakan amaun RAM tertinggi dalam senarai ini.

Tiada perbezaan ketara daripada segi storan dalaman antara telefon dalam senarai ini. Anda boleh memilih sama ada 16GB ataupun 32GB sebagai storan. Ia bukanlah isu yang kritikal kerana semuanya ada slot mikro-SD untuk tujuan meluaskan storan dalaman.

Jika kamera belakang menjadi komponen utama semasa anda membeli, hanya Moto E4 mempunyai kamera 8MP manakala selebihnya menggunakan sensor 13MP. Tetapi Galaxy J3 Pro menggunakan lensa berapertur F1.7, yang paling luas berbanding yang lain. Secara teori, Galaxy J3 Pro lebih cemerlang dalam keadaan malap.

Rata-rata telefon dalam senarai ini menggunakan kamera depan 5MP kecuali Nokia 5 dengan 8MP.

Kapasiti bateri dalam kalangan 10 senarai ini terletak dalam julat 2,400mAh hingga 5,000mAh tapi malangnya tiada satupun diberikan pengecasan pantas.

Moto E4 Plus menguasakan segala komponen elektroniknya menggunakan bateri paling besar iaitu bateri berkapasiti 5,000mAh.

Versi Android adalah salah satu kriteria yang penting dalam pemilihan telefon kerana telefon keas pertengahan agak jarang menerima kemas kini melangkaui versi Android yang didukungnya ketika dilancarkan. Nokia dan Moto adalah pilihan yang bijak kerana mereka menggunakan Android 7.0 Nougat terus dari kotak.

TheSkop Telah Memilih Telefon…

Redmi Note 4 kami rasakan memberikan nilai maksimum pada anda pada tanda harga RM799. Walaupun ia adalah telefon yang paling mahal dalam senarai ini, ia adalah satu pelaburan yang berbaloi daripada segenap aspek.

Paling utama adalah cip Snapdragon 625 yang terpateri pada papan utamanya. Cip ini memang terkenal dalam semua pengeluar telefon kelas pertengahan kerana kecekapan pengurusan tenaganya.

Digandingkan dengan bateri 4,100mAh, ia memberikan waktu penggunaan yang panjang.

Saiz paparan 5.5″ dengan resolusi HD penuh amat sesuai untuk melayani kandungan multimedia pada telefon. Ia seiring dengan kapasiti bateri yang besar pada Redmi Note 4.

Tiada ciri-ciri canggih seperti OIS dan autofokus dual piksel pada telefon ini. Kombinasi kamera belakang dan depan 13MP dan 5MP adalah cukup untuk memenuhi keperluan pengguna biasa.

Tapi, kekurangan Redmi Note 4 adalah ia masih menggunakan Android 6.0 Marshmallow, sistem operasi yang agak lapuk. Maka, pilihan kedua terbaik adalah Moto E4 Plus dengan bateri besar 5,000mAh dan Android 7.1 Nougat.

Spesifikasinya setanding dengan Redmi Note 4 kecuali pada cip MediaTek yang digunakannya.

Jika anda berminat untuk membeli mana-mana telefon dalam senarai ini, anda boleh menggunakan pautan di bawah:

  1. Moto E4
  2. ASUS ZenFone Live
  3. Xiaomi Redmi 4X
  4. Samsung Galaxy J3 Pro
  5. ASUS ZenFone 3 Max
  6. Nokia 5
  7. vivo Y55s
  8. Wiko Ufeel Fab
  9. Moto E4 Plus
  10. Xiaomi Redmi Note 4

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: