Telefon Selfie Sempurna Datuk Siti Turun Harga

vivo V5 Plus memiliki gelaran telefon perfect selfie kerana memiliki kamera selfie sekuasa 20MP. Telefon kegemaran Datuk Siti Nurhaliza ini dilancarkan pada Januari tahun ini pada harga RM1,799.

Bagi meraikan jalinan kerjasama terbaru antara vivo dengan Senheng Malaysia, pengguna boleh berpeluang untuk membeli telefon vivo V5 Plus pada potongan harga bersama-sama sejumlah hadiah percuma yang lain jika anda membeli telefon ini sekarang hingga 30 September 2017 .

Menurut laman rasmi Senheng, vivo V5 Plus kini dijual pada harga RM1,499 ataupun RM300 lebih rendah daripada harga pasaran. Pengguna juga akan menerima jaminan yang dipanjangkan menjadi 2 tahun serta kemudahan ansurans sehingga 24 bulan.

Menyertai promosi ini adalah vivo V5s yang dijual pada harga RM1,299. Ia tidak menerima potongan harga seperti V5 Plus tetapi ia menerima jaminan tambahan sebanayk setahun serta hadiah bersama pembelian telefon.

vivo V5 Plus adalah sebuah telefon sebesar 5.5″ dengan skrin beresolusi HD penuh. Ia menggunakan cip Snapdragon 625 dengan RAM sebesar 4GB. Storan seluas 64GB disediakan dan semua komponen elektroniknya digerakkan oleh abteri berkapasiti 3,160mAh.

vivo V5s adalah sebuah telefon yang menggunakan cip Mediatek MT6750 dengan RAM seluas 4GB. Badannya sama besar dengan V5 Plus tetapi paparannya hanya 720p.

Storan 64GB hadir bersama telefon ini dan ia memiliki bateri sebesar 3,000mAh. Telefon ini tidak mempunyai kamera berkembar tetapi kamera depannya adalah 20MP manakala kamera belakang adalah 13MP.

Terus ke laman Senheng untuk melihat tawaran vivo V5 Plus.

%d bloggers like this: