Servis kereta pun boleh beli di Lazada

Nak servis kereta pun boleh dapat di Lazada sekarang. Ia kini boleh dilakukan kerana Shell Malaysia baru sahaja membuka stor rasminya di portal beli-belah dalam talian, Lazada.

Stor online Shell ini boleh diakses menerusi pautan www.lazada.com.my/shell-malaysia-official-store. Malaysia merupakan pasaran pertama stor rasmi Shell sebegini dibuka.

Di stor ini, pengunjung bukan sahaja boleh mendapatkan minyak enjin yang asli keluaran Shell, malah Shell juga menyediakan pakej servis merangkumi minyak motor Shell pilihan, penapis minyak, caj perkhidmatan dan pemeriksaan 15-titik percuma.

Mereka yang membeli pakej servis dari stor ini kemudiannya akan dihubungi oleh pengedar rasmi Shell untuk mengatur tempat servis, tarikh dan slot masa. Ia kemudiannya disahkan melalui SMS.

Buat masa ini, pakej servis Shell di Lazada ini memberi pilihan bengkel di Lembah Klang (Klang, Puchong, Subang Jaya, Petaling Jaya & Setapak) dan Johor (Johor Bahru, Kulai, Tangkak, Batu Pahat, Kluang & Segamat). Ia akan diluaskan lagi ke seluruh Malaysia selepas ini.

Khas sempena pembukaan stor ini, Shell memberi e-baucar Lazada bernilai sehingga RM30 bagi pembelian dari 3 Ogos – 10 Ogos 2017. Segera dapatkan minyak enjin dan pakej servis Shell menerusi Stor Online Shell di Lazada.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: