Sabah dan Johor tersenarai dalam servis tempahan lokasi VMO.rocks

Share Button

Portal tempahan lokasi untuk pelbagai acara semakin hangat dikunjungi pengguna internet di Malaysia. Mengatur sendiri acara semakin diminati ramai dan ini membuatkan ramai yang ingin mencubanya sendiri. Salah satu portal tempahan lokasi yang popular di Malaysia adalam VMO.rocks.

Portal VMO.rocks menyaksikan peningkatan ketara, di mana tempahan mereka berkembang sebanyak 435% dari tahun 2015 ke tahun 2016. Bagi tahun 2017, peningkatan dua digit sudah dijangka.

Menurut Ketuga Eventgelist VMO Rocks Sdn Bhd, Vincent Kok, VMO menerima pertanyaan tempahan bernilai RM39 juta sehingga penghujung Disember 2016, berbanding hanya RM9.5 juta pada tahun 2015. Dari RM223,000 pada 2015, ia meningkat lima kali ganda menjadi RM1.19 juta pada tahun 2016.

Manakala sehingga Jun 2017, VMO menerima tempahan 2.2 kali lebih banyak berbanding separuh pertama tahun 2016. Ini menjadikan VMO pilihan utama bagi tempahan lokasi dan servis dalam talian. Kategori restoran mendahului tempahan di VMO sebanyak 64%, diikuti pub pada 17%, ruang acara 9% dan kafe 7%, tambah Kok.

Salah satu lokasi yang boleh ditempah di VMO – Kaiju

Kok juga menyatakan, lokasi yang menjadi tarikan adalah seperti tempat yang baru, hipster, mudah diinstagram, dan ruang lapang yang boleh dihias sendiri. Masyarakat masa kini semakin gemar membuat tempahan lebih awal dalam talian, selain mendapat pengesahan pantas untuk tarikh dan menu. Malah, pelbagai servis turut boleh ditempah seperti gubahan bunga, jurugambar, band penyanyi, katering dan banyak lagi.

Pada Mei lepas, VMO telah berjaya menerima dana tambahan menerusi platform pengumpulan dana orang ramai CrowdPlus.asia. VMO kini telah memiliki lebih 1,000 senarai lokasi tempahan dan meluaskan lagi tempahan di luar Lembah Klang, iaitu di Sabah dan Johor.

Untuk maklumat lanjut atau membuat tempahan, layari laman web www.vmo.rocks.

Apa komen anda?