Rose Gold tambah seri warna-warni Huawei P10 Plus

Huawei P10 Plus sememangnya salah satu telefon pintar terbaik boleh dimiliki masa kini. Selain kameranya yang dihasilkan dengan kerjasama Leica, ia turut ditawarkan dengan warna-warni yang sangat menarik. Kini, Huawei Malaysia menambah satu lagi pilihan warna, Rose Gold.

Datang dalam unit terhad, Huawei P10 Plus Rose Gold menyertai barisan warna sedia ada iaitu Dazzling Blue, Dazzling Gold, Greenery dan Graphite Black. Ia dijual di Malaysia pada harga yang sama dengan warna sedia, RM3,099 termasuk GST.

Kecanggihan Huawei P10 Plus pastinya terletak pada dwi-kamera belakangya. Diperkasa dengan lensa 20MP monokrom dan 12MP RGB, ia menghasilkan tangkapan yang bukan sahaja menawan, malah penuh dengan ketelitian. Ini ditambah lagi dengan teknologi penstabil imej optikal (OIS).

Mod Potret menghasilkan efek latar bokeh

Selain itu, kamera Huawei P10 Plus bersama cap Leica ini datang dengan fungsi fotografi apertur lebar, mmeberikan hasil gambar potret artistik dengan kesan bokeh asli. Malah, ketajaman gambar boleh diubahsuai menggunakan algoritma kedalaman Huawei-Leica.

Huawei P10 Plus dengan skrin 5.5-inci QuadHD, memiliki kuasa perkasa cip Kirin 960 8-teras. Ia digandingkan bersama 6GB RAM dan storan luas 128GB, yang boleh diperluaskan lagi dengan kad mikroSD.

Telefon ini menjalankan sistem operasi Android 7.0 Nougat terkini, bersama antaramuka Huawei EMUI 5.1 yang terbaharu. Ia lebih bertenaga sepanjang hari dengan bateri 3,750mAh dipasang di dalamnya.

Segera ke stor Huawei berhampiran untuk mendapatkan edisi terhad Huawei P10 Plus Rose Gold. Maklumat lanjut tentang telefon ini boleh dirujuk di laman produk Huawei P10 Plus.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: