Pelan baru Xpax lengkapi gaya hidup digital masakini

Hari ini Xpax mengumumkan tambahan pelan baru memenuhi pelbagai gaya hidup digital masa kini. Bukan sahaja lebih banyak data, tetapi menonton video dan mendengar lagu tanpa had.

Celcom memperkenalkan empat pelan serba baru untuk Xpax. Pelan-pelan baru berikut adalah:

  • Harian RM5 – 2GB data
  • Mingguan RM6 – 500MB data
  • Mingguan RM19 – 5GB data
  • Bulanan RM79 – 15GB data + Music Walla tanpa had + 15GB Video Walla

Selain pelan baru, Xpax juga mengemaskini beberapa pelan sedia ada seperti pelan harian RM3 (1GB), pelan mingguan RM10 (2GB) serta pelan bulanan RM30 (5GB) dan RM50 (10GB + Music Walla tanpa had).

Tidak dilupakan pelan Add-Ons tambahan, juga terdapat tawaran baru seperti Internet Larut Malam, Facebook Walla yang memberi data percuma media sosial seperti Facebook, Twitter, WhatsApp dan WeChat, serta Video Walla. Ia menawarkan sehingga 15GB data tambahan khas dengan kadar RM20 sebulan.

Kepada yang berminat untuk mula menggunakan Xpax, pek permulaan Xpax boleh dibeli dari harga RM10 yang menyediakan 10GB internet asas dan 10GB data Facebook pantas sebulan, selama mana talian kekal aktif. Data ini boleh digunakan di mana-mana rangkaian, tidak kira 3G atau 4G.

Lebih banyak info tentang tawaran baru Xpax boleh didapati di laman web www.xpax.com.my.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: