Note8 Telefon Kamera Berkembar Pertama Samsung?

Semua orang ternanti-nanti bilakah Samsung akan turut menyertai arean kamera berkembar bersama-sama rakannya yang lain. Ia mungkin terjawab melalui beberapa imej yang dikongsikan di Internet berkaitan fablet Samsung Galaxy Note8 yang akan dilancarkan 23 Ogos ini.

Berpandukan gambar, Note8 akan hadir dengan teknologi Infiniti Display yang mempunyai nisbah resolusi 18.5:9. Teknologi inilah yang memungkinkan paparan sehingga 6.2″ digunakan pada Samsung Galaxy S8+ tetapi dalam badan bersaiz seakan telefon 5″.

Turut kelihatan adalah kedudukan pengimbas cap jari yang terletak disebelah modul kamera belakang sama seperti saudara S8-nya. Pada bahagian depan, anda boleh menemui kamera depan, kamera pengimbas retina, pemancar inframerah, dan beberapa sensor yang lain.

Sumber lain menyatakan bahawa modul kamera yang akan digunakan pada Note8 adalah hasil tangan Samsung sendiri. Ia tidak lagi menggunakan sensor Sony IMX333 seperti yang digunakan siri S8.

Antara ciri-ciri yang akan dinikmati pengguna adalah seperti penstabil imej optikal (OIS) sehingga 3-stop, pengezuman 3X, fungsi HDR,  serta kemampuan dalam keadaan malap yang terbaik setakat ini.

 

Tiada maklumat tentang spesifikasi teknikal dikongsikan, tetapi anda boleh menjangkakan ia memiliki komponen-komponen seakan Galaxy S8 kecuali pada kamera dan kehadiran teknologi S-Pen.

[Sumber: @evleaksSamsung Electro-Mechanics]

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: