Mudahnya dapat telefon baru dengan Xpax Easyphone

Sebelum ini dibuka khusus untuk pengguna pascabayar, Celcom kini menyediakan program Easyphone untuk pengguna prabayar Xpax. Dengan ini, pengguna Xpax boleh memiliki telefon pintar baru secara ansuran dari serendah RM74 sebulan.

Program Easyphone memberi kemudahan membuat ansuran selama 24-bulan untuk membeli telefon pintar baru. Program ini dijayakan dengan kerjasama AEON Credit Service (M) Berhad.

Easyphone tidak memerlukan pengguna memiliki kad kredit atau bayaran deposit. Malah, pembeli akan menerima kredit RM30 setiap bulan sebagai sebahagian dari ansuran 24-bulan. Kredit ini boleh digunakan untuk membeli pelan internet, membuat panggilan atau menghantar SMS.

Permohonan akan diproses dalam masa 3 hari. Selepas diluluskan, hanya pergi ke Blue Cube dan terima telefon pintar baru anda.

Celcom menyediakan lebih 30 model telefon pintar terbaru untuk program Easyphone. Jenama yang terlibat adalah seperti Samsung, Apple, Huawei, Oppo dan Xiaomi. Antara model yang ditawarkan adalah:

  • Apple iPhone 6 – RM110/bulan
  • Apple iPhone 7 – RM184/bulan
  • Samsung Galaxy J2 Prime – RM74/bulan
  • Samsung Galaxy A5 (2017) – RM138/bulan
  • Samsung Galaxy S8 – RM214/bulan
  • Huawei Y6II – RM85/bulan
  • Huawei P10 – RM171/bulan
  • OPPO A57 – RM104/bulan
  • OPPO R9s – RM139/bulan
  • Xiaomi Redmi Note 4 – RM90/bulan

Buat masa ini, program Easyphone tidak memiliki pelan perlindungan kemalangan. Tetapi ia akan diperkenalkan untuk pengguna prabayar tidak lama lagi.

Jika pengguna ingin berhenti menggunakan talian Xpax, mereka boleh membuat bayaran penuh baki harga telefon, atau meneruskan bayaran ansuran bersama AEON Credit.

Program ansuran Xpax Easyphone ini terbuka untuk warganegara Malaysia sahaja. Maklumat lanjut tentang program ini boleh dirujuk di laman web Xpax Easyphone.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: