Malaysia Anak Emas Asus Semasa Pelancaran Keluarga ZenFone 4

Telefon dengan kamera berkembar adalah trend masa ini. Menyedari akan kepentingan ini, Asus telah mengemas kini siri ZenFone-nya untuk memenuhi semua keperluan fotografi tidak kiralah pengguna itu memiliki bajet terhad atau tidak kerana setiap ahli ZenFone 4 yang baru dilancarkan ini memiliki konfigurasi kamera berkembar.

TheSkop dijemput terbang ke Taiwan untuk memeriahkan acara pelancaran tersebut yang turut disertai oleh Gong Yoo, duta baru Asus yang juga superstar dari Korea yang membintangi drama Goblin dan filem Train to Busan.

Kesemua ahli ZenFone 4 mempunyai paparan sebesar 5.5″ dengan panel LCD pelbagai jenis dan resolusi. Model flagship menggunakan panel AMOLED dengan resolusi HD 1080p. Varian yang lain menggunakan panel paparan sekurang-kurangnya beresolusi 720p.

ZenFone 4 Pro adalah telefon tercanggih pernah dihasilkan Asus. Selaku flagship, ZenFone 4 dilengkapi cip paling berkuasa dalam pasaran setakat ini iaitu Snapdragon 835. Pada bahagian kamera, ia memiliki teknologi TriTech+, iaitu gabungan sistem autofokus pengesanan fasa (PDAF), mengesanan kontras (CDAF), dan laser. Membidik fokus menjadi sangat pantas walau dalam apa keadaan.

Kamera berkembarnya diletakkan pada bahagian belakang dengan gabungan sensor 12MP (primer) dan 16MP (sekunder). Kamera primer memiliki jarak fokal 25mm manakala kamera sekunder 50mm.

ZenFone 4 adalah versi “lite” kepada 4 Pro. Ia menggunakan cip Snapdragon 660, yang terbaru setakat ini. Cip ini adalah Snapdragon 820/821 yang telah ditambah baik. Ia adalah ZenFone 4 yang miliki RAM terbesar tiba di Malaysia.

Pendekatan kamera berkembar ZenFone 4 sedikit berbeza berbanding 4 Pro. Kamera sekundernya tidak memberikan zum 2 kali sebaliknya ia mengezum keluar sebanyak 4.8 kali berbanding kamera primer 25mm. Hasilnya, kamera keduanya memiliki sudut pandang yang luas, seperti sebuah kamera aksi.

ZenFone 4 Selfie Pro dan ZenFone 4 Selfie adalah dua telefon yang memiliki dua kamera di hadapan. Ia khusus untuk mengambil selfie dengan kamera sekunder mereka memiliki panjang fokal 12mm, sesuai untuk memuatkan ramai subjek didalam gambar.

4 Selfie Pro lebih berkuasa kerana menggunakan cip Snapdragon 625 manakala versi yang lebih ‘ringan’ menggunakan Snapdragon 430.  Namun begitu, kedua-dua mereka memiliki RAM seluas 4GB dan berkongsi kapasiti bateri iaitu 3,000mAh.

ZenFone 4 Max Pro memiliki kapasiti bateri terbesar dalam keluarga ZenFone 4 kali ini. Dengan bateri sebesar 5,000mAh ia boleh berkongsi tenaga bateri dengan telefon yang lain. PowerMaster adalah teknologi unik yang ada pada 4 Max Pro yang mampu memanjangkan hayat bateri dengan cara mengawal selia cas keluar dan masuk.

Kamera berkembar 4 Max Pro terletak di bahagian belakang dengan kombinasi sensor 16MP dan 5MP. Telefon ini sesuai untuk time-lapse yang panjang dek baterinya yang besar.

Untuk pasaran Malaysia keluarga ZenFone 4 akan dijual pada harga bermula RM1,099. Peranti yang terawal akan tiba di Malaysia adalah ZenFone 4 Max Pro, 4 Selfie, dan 4 Selfie Pro iaitu 25 Ogos ini. ZenFone 4 pula akan tiba seawal minggu pertama September 2017 pada harga yang belum diumumkan.

Tempahan akan dibuka antara 17 Ogos 24 Ogos melalui saluran dalam talian seperti 11street, DirectD, Lazada dan Shopee. Anda berpeluang untuk menerima pelbagai hadiah termasuklah sebuah ASUS ZenPower 10050mAh jika anda menempah dalam tempoh masa tersebut.

%d bloggers like this: