Lekas Undi Doodle Terbaik Untuk Dipaparkan Di Homepage Google

Masih ingat pertandingan Doodle 4 Google yang dilancarkan 1 Jun yang lalu? Ia kini berada pada fasa undian awam dan ia sudah bermula sejak 7 Ogos lalu dan akan berakhir pada 15 Ogos ini.

Sebanyak 20 finalis daripada 4 kategori akan bersaing untuk menjuari kategori masing-masing. Antara trivia yang menarik dalam senarai finalis kali ini adalah semua peserta finalis datangnya dari Semenanjung Malaysia dengan 8 orang dari Selangor. Tambah menarik, 14 daripada 20 adalah dari Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan.

Untuk peringatan semula, berikut adalah tarikh-tarikh penting pertandingan ini:

31 Julai 2017 – Tarikh tutup penyertaan

07 Ogos 2017- Undian awam bermula

15 Ogos 2017 – Undian awam tamat

22 Ogos 2017 – Pemenang setiap kategori diumumkan

25 Ogos 2017 – Pengumuman pemenang keseluruhan

08 September 2017 – Majlis penganugerahan bersama pemenang keseluruhan

16 September 2017 – Karya pemenang dipamerkan di www.google.com.my

Mari kita lihat semua penyertaan yang berjaya tiba ke peringkat ini dan kemudian undi Doodle mana yang layak terpampang di homepage Google Malaysia pada 16 September nanti.

Link untuk mengundi.


Kategori 7-9 tahun

Kenji Wong, SJK(C) Yuk Chyun

Wan Muhammad Fahyim Bin Wan Mohd Nazdi, Sekolah Kebangsaan Kerteh

Hong Shaynie, SJK(C) Batu 11 Cheras

Teh Min Kang, Rafflesia School

Nasir Zakwan Bin Nasiruddin, Sekolah Rendah Simpang Renggam

Undi kategori 7-9 tahun


Kategori 10-12 tahun

Cheng Jun Kai, SJK(C) Kong Min

Chang Wen Wei, Sekolah Rendah Sri KDU

Quek Xiu Ren, SJK(C) Desa Jaya 2

Anya Ru-Lan Sithambaram, The Alice Smith School

Ahmadi Fahmie Bin Azhar, Sekolah Kebangsaan Ibok

Undi kategori 10-12 tahun


Kategori 13-15 tahun

Amanda Lim Yann Yi, HELP International School

Lim Xin Yee, SMK Bukit Tinggi Klang

Kai We Ch’ng, Nexus International School Malaysia

Shirlynn Sivakumar, Calvary Education Resource Centre

Ethan Liaw Jui Hoong, SMK Bukit Tinggi Klang

Undi kategori 13-15 tahun


Kategori 16-17 tahun

Goh Jia Hern, SMK Air Putih

Adeline Chong Yue Qing, SMK Infant Jesus Convent Johor Bharu

Lee Zi wei, SMK Batu Unjur Klang

Shivashirvena a/p Kerisnan, SMK Convent, Ipoh

Muhammad Khairul Aiman Bin Mohamad Zaidi, SMK Bandar Baru Sentul

Undi kategori 16-17 tahun

%d bloggers like this: