Kamera Bajet EOS M100 Pada Harga Tak Bajet

Menjadi pengganti kepada EOS M10 yang dilancarkan pada Oktober 2015, EOS M100 adalah sebuah kamera mirrorless kompak daripada Canon yang disuntik teknologi terkini.

Ia menerima sensor 24MP dengan fungsi autofokus dual piksel yang pantas. Cip pemerosesan imej DIGIC 7 turut hadir untuk berikan kemampuan merakam video 1080p pada 60fp serta tangkapan selanjar 6 fps berbanding 2.2 pada EOS M10.

Memang seperti trend Canon untuk mewariskan teknologi daripada kamera yang lebih tinggi kasta kepada yang lebih bawah seperti yang boleh dilihat pada EOS 200D dan 6D Mark II yang baru dilancarkan di Malaysia.

Daripada segi luaran, tidak banyak perbezaan antara EOS M100 dengan EOS M10. Badan dan kedudukan butang masih di tempat yang sama.

Sungguhpun begitu, perbezaan ketara antara mereka adalah harga. Di US, EOS M100 dijual pada harga bermula USD600 (RM2,561) sedangkan EOS M10 USD500 (RM2,134) semasa dilancarkan.

Untuk perspektif, EOS 200D dijual di US pada harga USD700 (RM2,987) dan harga kamera yang sama di Malaysia adalah RM2,999.

[Sumber: DPreview]

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: