Jangan terlepas promosi Shopback 9.9 yang bermula sekarang

Membeli-belah menjadi lebih seronok jika adanya tawaran istimewa, lebih-lebih lagi dalam bentuk tunai kembali atau CashBack. Sebab itu, kaki shopping online tegar harus memiliki akaun ShopBack, kerana ia memberi semula wang tunai kepada anda pada hampir semua pembelian dalam talian, seperti Lazada, Zalora, AirAsiaGo dan banyak lagi.

ShopBack tidak lama lagi akan mengadakan sambutan Hari CashBack 9.9, di mana ia akan memberikan lebih banyak CashBack serta tawaran beli-belah yang istimewa. Tahun ini masuk tahun ketiga sambutan ini diadakan, tetapi kali ini ia disambut lebih lama, menjadi tiga minggu berbanding satu minggu sahaja sebelum ini.

Antara tawaran sangat menarik berbeza dari kebiasaan adalah seperti CashBack 99%, jualan produk 99sen, tawaran kilat eksklusif dalam masa terhad serta kupon dari stor online seperti Lazada dan Qoo10. Akan diadakan juga Super Cashback RM999 di dalam telefon pintar pada masa sambutan terakhir, di samping PhotoBook mini 6 x 6 berkulit lembut percuma untuk setiap pembeli.

Sambutan Hari Cashback 9.9 akan dimulakan oleh rakan niaga pelancongan dan pengangkutan ShopBack Malaysia – AirAsiaGo, Booking.com, Expedia, Malaysia Airlines – dari 21 hingga 23 Ogos kerana ia adalah kategori paling popular bagi pengguna tempatan. Senarai penuh acara adalah seperti di bawah ini:

  • 21-23 Ogos Pelancongan + Pengangkutan
  • 24-25 Ogos Fesyen
  • 26-27 Ogos Barangan Runcit
  • 28-29 Ogos Elektronik
  • 30-31 Ogos Kecantikan
  • 1-3 Sept Makanan + Perkongsian Pengangkutan
  • 4-6 Sept Rumah & Kehidupan, Kanak-kanak & Bayi
  • 7-9 Sept Sambutan 9.9 Terakhir!

Menurut data ShopBack Malaysia, pengguna di Malaysia telah memperolehi penjimatan sebanyak RM13.5 juta hingga kini, dengan pengguna tertinggi menerima RM19,375 Cashback sejak 2015. Takkan anda nak biarkan semua pembelian online anda tiada sebarang hasil kan.

Di Malaysia, ShopBack bekerjasama dengan lebih 500 rakan niaga antarabangsa dan tempatan termasuk Fave, Hermo, honestbee, Grab, Senheng, Uber, dan Zalora untuk memberi ganjaran dalam bentuk tunai setiap kali membeli-belah. Pastikan anda salah seorang darinya.

Jika belum ada akaun ShopBack, sila daftar sekarang sebelum mula membeli-belah online. Kalau nak berkongsi bonus pendaftaran RM5 dengan kami, boleh gunakan pautan pendaftaran ini. Untuk perkembangan terkini, sila lawati laman web www.shopback.my atau ikuti Facebook Page rasmi mereka.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: