Jangan lupa ambil hadiah percuma masa beli telefon Moto atau Lenovo

Lagi seminggu nak sambut hari ulangtahun kemerdekaan, barulah Lenovo nak umumkan promosi istimewa telefon pintar keluarannya. Tetapi promosi ini akan berjalan lebih dari sebulan di beberapa pengedar sah Lenovo dan Motorola terpilih.

Dari 25 Ogos hingga 30 September 2017, Lenovo Malaysia akan memberi hadiah percuma untuk pembelian telefon pintar Lenovo dan Motorola, menerusi kempen Lenovo Merdeka dan Hari Malaysia. Hampir semua model telefon disenaraikan di dalam promosi hellomerdeka ini.

Antara hadiah yang diberikan adalah seperti Perlindungan Kerosakan Tidak Sengaja (ADP) dan jaminan tambahan 12 bulan bernilai RM448 bagi siri moto z, pelindung skrin tempered glass, kad mikroSD, pelindung belakang dan lain-lain.

Telefon pintar Moto dan Lenovo yang termasuk dalam promosi ini adalah:

  • moto z2 play – RM1,999
  • moto z play – RM1,899
  • moto z – RM2,699
  • moto g5 plus – RM1,299
  • moto m – RM999
  • moto e4 plus – RM799
  • moto e4 – RM639
  • moto c plus – RM539
  • moto c – RM399
  • Lenovo P2 – RM1,299
  • Lenovo K6 Note – RM949
  • Lenovo K6 Power – RM779
  • Lenovo A6600 Plus – RM429

Maklumat lanjut kesemua telefon pintar ini boleh dirujuk di laman web Lenovo Malaysia dan Motorola Malaysia. Manakala senarai pengedar sah yang terlibat dalam kempen ini boleh dirujuk di sini.

Jangan terlepas mendapatkan hadiah percuma dengan pembelian telefon pintar Lenovo dan Moto ini sekarang. Dapatkan maklumat terkini dan lebih info menerusi Facebook Motorola Malaysia.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: