Ini rupa gudang Lazada siapkan tempahan dan hantar

Siapa yang tak kenal Lazada, platform beli-belah dalam talian no 1 di Malaysia. Mesti ramai yang pernah membeli-belah di sini. Dari produk elektrik dan elektronik, sampai ke barangan rumah seperti gula dan garam pun boleh di beli di Lazada.

Tapi tahukah anda bagaimana Lazada memproses tempahan yang anda lakukan di laman web, sehinggalah ia sampai ke pintu rumah atau pejabat anda?

Ringgit Sense, sebuah rancangan ekonomi TV3 telah melawat gudang penyimpanan stok Lazada dan bertemu dengan Ketua Pegawai Operasi Lazada Malaysia, Kevin Loo.

Wartawan Ringgit Sense menemubual Kevin Loo (kiri)

Gudang yang terletak di Lembah Klang ini berkeluasan 240,000 kaki persegi, pernah memproses sehingga 500,000 pesanan dalam sehari. Selain gudang ini, Lazada mempunyai dua lagi gudang lain yang terletak di Kuching, Sarawak dan Kota Kinabalu di Sabah.

Tempahan yang diproses dalam talian, akan disemak di gudang. Setelah disahkan, ia akan dibungkus dan ditampal alamat penerima. Selepas itu, ia akan diserahkan kepada rakan penghantaran atau Lazada ekspres.

Nak tahu bagaimana ia dilakukan? Tonton video di bawah ini sehingga ke penghujungnya. Pasti anda dapat merasakan betapa mudahnya membeli belah dalam talian, segalanya di hujugn jari sahaja. Tidak perlu lagi ke pasar atau pusat membeli-belah, dan mengangkat semua barangan ini ke dalam kereta dan dibawa pulang ke rumah.

Mudah kan membeli-belah dalam talian.

Lazada warehouse.

Azaria Tagaya visited the Lazada warehouse in the klang valley to learn about it’s operations and to find out what are Malaysians buying online. This is the extended version of the story that appeared on TV3.

Posted by Ringgit Sense TV3 on Monday, August 14, 2017

[SUMBER: Ringgit Sense]

%d bloggers like this: