Hero Train to Busan dan Goblin pilih ASUS Zenfone 4

Sebelum ini misteri, hari ini dah diketahui. ASUS Malaysia hari ini menerusi Facebook rasminya mengumumkan Gong Yoo sebagai duta bagi telefon pintar terbaru yang akan dilancarkan tidak lama lagi, iaitu siri ZenFone 4.

Gong Yoo adalah pelakon yang berasal dari Korea Selatan, dan sangatĀ popular di peringkat antarabangsa. Tetapi popularitinya melonjak jauh lebih tinggi tahun ini apabila membintangi filem Train to Busan, serta siri drama Goblin (Guardian: The Lonely and Great God).

Gong Yoo akan tampil secara rasmi sebagai duta ASUS ZenFone 4 dalam satu majlis yang akan diadakan di Taiwan, pada 17 Julai 2017. Dalam majlis tersebut, ASUS akan melancarkan telefon pintar dari siri terbaru ZenFone 4.

Dari poster yang disertakan, dapat dilihat Gong Yoo memegang sebuah telefon pintar dengan dua lensa kamera di belakang. Kemasan kaca di belakang telefon ini, tidak ubah seperti yang terdapat pada ZenFone 3.

Dua lensa kamera belakang ini selari dengan petunjuk awal yang diperlihatkan ASUS sebelum ini, yang menyatakan ZenFone 4 akan menjadi lebih dari SATU. Sedikit sebanyak, ia menyerupai ZenFone 3 Zoom yang merupakan telefon pintar pertama ASUS dengan dua lensa kamera belakang.

Buat masa ini, masih tiada khabar tentang bagaimana rupa penuh serta spesifikasi telefon pintar ASUS ZenFone 4. Tetapi dijangka ASUS akan menghasilkan beberapa model ZenFone 4, sama seperti yang dilakukan pada ZenFone 3 sebelum ini yang dilancarkan dalam bentuk Deluxe, Ultra, Laser dan Max.

Dapatkah Gong Yoo membantu penjualan ASUS ZenFone 4 nanti? Sedikit sebanyak, ia pasti memberi impak besar kepada ASUS kelak. Jangan lupa untuk bersama kami dalam majlis pelancaran ASUS di Taiwan pada 17 Julai nanti. Kita jumpa di sana.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: