Hanya Kuasa Magnet Diperlukan Untuk Gantung TV LG Signature OLED W7

Teknologi televisyen masa ini telah jauh kehadapan. Buktinya, pada ketebalan hanya 3.8mm, LG Signature OLED W7 menerajui barisan produk TV LG selaku yang tercanggih dan terhebat.

Ia nipis dan ringan sehinggakan TV ini digantung pada dinding ruang tamu hanya menggunakan magnet. Bagaimanakah LG mencapai tahap kenipisan itu?

Papan utama diasingkan daripada panel paparan dan dipakejkan dalam bentuk soundbar (bawah)

Sebuah TV boleh dipecahkan kepada panel paparan, speaker, dan papan utama. Dengan memisahkan speaker dan papan utama dalam satu kotak khas, komponen dapat dihasilkan senipis yang mungkin.

Kotak khas itu selain mengandungi papan utama, turut mengandungi sepasang speaker dan dipakejkan dalam bentuk sebuah soundbar. Padanya juga terdapat port-port I/O asas seperti HDMI, LAN, Optikal, USB dan sebagainya.

Soundbar dengan teknologi Dolby Atmos

Paparan OLED TV beresolusi 3840 x 2160 ini bersambung kepada soundbar melalui sambungan berbentuk ribon yang hanya bertugas untuk mengalirkan isyarat visual.

Antara teknologi canggih yang akan diterima pengguna adalah seperti Active HDR with Dolby Vision, Dolby Atmos, dan tahap hitam yang tiada tandingan.

Sekeping ribon putih mengalirkan isyarat visual kepada panel OLED

LG Signature OLED W7 65″ dijual pada harga RM44,999. TV futuristik ini juga hadir dalam varian 77″ tetapi akan dijual tahun depan bergantung pada permintaan.

Mahal? Jangan risau, ada diskaun diberikan.

Sehingga 6 Ogos ini, LG Signature OLED W7 65″ dijual pada harga RM39,999 dan anda turut akan menerima baucar percutian bernilai RM2,000

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: