Gold Supreme dan Platinum Plus tambah lebih data pascabayar Celcom

Celcom hari ini menambah dua lagi pelan dalam barisan pascabayar FIRST mereka. FIRST Gold Supreme (RM128/bulan) dan Platinum Plus (RM188/bulan) kini disediakan sebagai pilihan terbaru pascabayar Celcom.

Dua pelan baru ini ditambah untuk memenuhi ruang di dalam pascabayar Celcom FIRST. Dengan kadar RM128 sebulan, FIRST Gold Supreme memberi pengguna 25GB data bulanan bersama 25GB data khas hujung minggu. Celcom kini menambah satu lagi jenis data, Video Walla sebanyak 25GB untuk pelan ini.

Bagi pelan FIRST Platinum Plus pula adalah pelan data terbesar boleh dilanggan pengguna. Dengan komitmen RM188 sebulan, pengguna menerima 100GB data sepanjang bulan tanpa pecahan data hujung minggu. Celcom menambah lagi 100GB Video Walla untuk pelan ini.

Semua pelan FIRST berwarna Gold & Platinum ditawarkan bersama panggilan tanpa had, WhatsApp dan weChat tanpa had, serta penstriman muzik di Yonder music tanpa had jua.

Pengguna Celcom kini mempunyai lima pilihan pelan pascabayar FIRST iaitu:

  • Gold (RM80) – 10GB bulanan + 10GB hujung minggu
  • Gold Plus (RM98) – 20GB bulanan + 20GB hujung minggu
  • Gold Supreme (RM128) – 25GB bulanan + 25GB hujung minggu + 25GB Video Walla
  • Platinum (RM148) – 30GB bulanan + 30GB hujung minggu + 30GB Video Walla
  • Platinum Plus (RM188) – 100GB bulanan + 100GB Video Walla

Celcom turut menawarkan pelbagai pilihan telefon pintar dengan harga hebat bersama pelan pascabayar FIRST.

Maklumat lanjut tentang pelan baru Celcom FIRST dan tawaran lain boleh didapati di laman web www.celcom.com.my.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: