Edgar Davids Pandai Cari Makan Walaupun Tak Main LoL

Baru beberapa minggu yang lepas Riot Games dilapor menyaman pembangun Mobile Legends, hari ini arena League of Legends (LoL) digemparkan sekali lagi dengan kemenangan saman Edgar Davids keatas Riot Games, pembangun permainan LoL. Saman beliau ditujukan kepada salah satu skin untuk karakter Lucian yang menyerupai beliau.

Bagi yang tidak mengenali Edgar Davids, beliau adalah bekas pemain bola sepak terkenal daripada Belanda yang aktif bermain sekitar awal 90-an hingga awal 2000.

Rekaan skin Striker Lucian menampilkan seorang hero berpakaian seperti seorang pemain bola berambut dreadlock serta memakai gogal. Ia didakwa Edgar menyerupai beliau kerana hanya dia saja pemain bola berambut dreadlock yang dibenar memakai gogal semasa bermain untuk menangani penyakit Glaukoma yang dihidapinya.

Tambahan pula jika diamati baju yang dipakai Striker Lucian, jersi berbelang hitam dan biru menyerupai jersi pasukan Inter Milan yang pernah disertainya.

Persamaan tidak terhenti di situ saja. Beliau menyarung jersi bernombor 38 semasa berada di kelab terakhirnya sebelum bersara iaitu Barnet FC. Jika dilihat pada nombor 11 pada jersi Striker Lucian, ia adalah hasil tambah angka 3 dan 8 pada jersi itu!

Jika masih belum cukup diyakinkan, jersi terakhir yang dipakai beliau di Barnet FC adalah nombor 1.

Edgar Davids in Barnet Football Club #38

Posted by Edgar Davids on Monday, October 22, 2012

Kini, Riot Games telah diarahkan mahkamah Belanda untuk mengemukakan laporan audit yang mengandungi jumlah perolehan yang berjaya dikumpul hasil penjualan skin Striker Lucian.

Yang peliknya, skin Striker Lucian diperkenal pada sekitar Jun 2014 dan Edgar Davids sudahpun mengetahuinya. Mengapa hanya menjalankan proses menyaman pada 2017?

[Sumber: PC Gamer]

%d bloggers like this: