Diskaun hebat Moto G5 Plus di pembukaan Stor Moto di Lazada

Ibarat trend masa kini, Motorola kini membuka stor rasminya di Lazada, bagi memberi lebih pilihan dan servis kepada peminat telefon pintar Moto. Ia boleh dilayari di alamat www.lazada.com.my/motorola-malaysia-official-store.

Bukan sahaja telefon pintar, malah aksesori untuk telefon juga boleh didapati di stor ini. Terutama sekali Moto Mods, aksesori yang mengubah siri Moto Z kepada pelbagai penggunaan.

Tetapi perkara paling menarik adalah tawaran khas sempena pembukaan stor Motorola di Lazada ini. Dari hari ini, 28 Ogos sehingga jam 11.59 malam pada 31 Ogos 2017, telefon pintar Moto G5 Plus akan dijual di Lazada dengan diskaun RM300, menjadi RM999 sahaja dari harga asal RM1,299.

Bukan itu sahaja, pembeli turut menerima hadiah percuma berupa beg, flip cover, jaminan tambahan tahun ke-2 dan pelan perlindungan kemalangan, semua ini berjumlah RM627. Jika berminat, boleh klik pautan di sini untuk membeli.

Selain itu, Lenovo turut mengadakan kempen Merdeka dan Hari Malaysia. Pembelian telefon pintar Lenovo dan Moto terpilih akan menerima pelbagai hadiah percuma. Kempen ini berjalan dari 25 Ogos hingga 30 September 2017 dan boleh didapati dari pengedar sah Lenovo dan Moto serta di stor rasmi Motorola di Lazada.

Promosi Moto G5 Plus di stor rasmi Motorola di Lazada memang sangat menarik. Diskaun RM300 + hadiah percuma RM627 tu. Jumlah tawaran ni dah hampir sama dengan harga promosi Moto G5 Plus, iaitu RM999. Perkara yang best dengan Moto G5 Plus ni, mestilah kemaskini Android terbaru dan kamera belakang yang ada autofokus dwi-pdaf macam di Samsung Galaxy S7 edge.

Satu lagi, kalau nak membeli-belah di Lazada tu, jangan lupa gunakan Shopback. Dengan Shopback, pembeli di Lazada dan banyak lagi laman web lain boleh mendapatkan tunai kembali (CashBack) dengan setiap pembelian. Sekarang pun tengah ada promosi Shopback 9.9 sedang berlangsung. Jangan kata abang tak payung.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: