Dapatkan tandatangan Gong Yoo di Zenfone 4 dengan cara ini

Penjualan telefon pintar terbaru ASUS, iaitu keluarga Zenfone 4 telah bermula hari ini. Tetapi baru 3 model sahaja mula dijual di Malaysia iaitu ZenFone 4 Max Pro, 4 Selfie, dan 4 Selfie Pro.

ZenFone 4 Max Pro berharga RM1,099 manakala Zenfone 4 Selfie, dan Zenfone 4 Selfie Pro pula masing-masing berharga RM1,299 dan juga RM1,799. Lebih baik lagi, anda boleh mendapatkan telefon pintar ASUS ini secara percuma, menerusi pertandingan yang dijalankan ASUS Malaysia.

 

Gong Yoo announces to Malaysians that the ZenFone 4 Series is now available!

Purchase #ZenFone 4 Selfie Pro, Selfie and Max Pro here!
Lazada: http://bit.ly/2vCRbTN
Shopee: http://bit.ly/2vG4ZNB
11Street: http://bit.ly/2vFn9yG

#GongYoo #WeLovePhotoMY

Posted by ASUS on Thursday, August 24, 2017

ASUS Malaysia menyediakan tiga hadiah dalam pertandingan ini iaitu satu unit ZenFone 4 Max Pro, satu unit ZenFone 4 Selfie Pro dan satu lagi unit edisi terhad, khas, dan eksklusif iaitu ZenFone 4 Max Pro yang ditandatangani oleh Gong Yoo!

Gong Yoo merupakan duta bagi keluarga telefon pintar Zenfone 4 di Asia Pasifik. Beliau turut memunculkan diri semasa majlis pelancaran Zenfone 4 di Taiwan minggu lepas, dan meluangkan masa beramah mesra bersama peminat.

Bagi anda yang tidak berpeluang bertemu Gong Yoo di Taiwan, ini adalah peluang keemasan untuk menyimpan kenangan bersama beliau menerusi telefon pintar Zenfone 4 Selfie Pro yang ditandangani olehnya.

Berswafoto dengan Zenfone 4 Selfie Pro

Terdapat beberapa perkara yang perlu anda lakukan untuk berpeluang memenangi hadiah utama ini. Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:

1. Tonton video siaran langsung Majlis Pelancaran Zenfone 4 di sini.
2. Follow atau ikuti ASUS Malaysia di Facebook dan Instagram.
3. Komen di status Facebook ASUS ini, model Zenfone 4 yang mana paling anda minati dan mengapa? Tag sekali 5 rakan anda di dalam komen tersebut.
4. Kongsikan status Facebook ASUS tadi di ruang Facebook anda bersama tanda pagar #ZenFone4 #WeLovePhotoMY #GongYoo

Pastikan perkongsian video tadi ditetapkan kepada Public (Umum) agar boleh dilihat semua. Jika tidak, penyertaan anda terbatal.

Pertandingan ini berjalan dari 17 Ogos sehingga 27 Ogos 2017. Nama pemenang akan diumumkan pada hari Rabu, 30 Ogos 2017. Syarat dan terma pertandingan ini boleh dirujuk di sini.

Tunggu apa lagi, jika anda bukan peminat Gong Yoo pun, masih ada tiga unit telefon pintar terbaru ASUS Zenfone 4 untuk dimenangi. Jangan terlepas peluang keemasan ini.

Untuk mengenali semua keluarga ASUS Zenfone 4 yang baru ini, lawati tulisan kami tentangnya di sini.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia