Dah paling murah pun nak turun harga lagi?

Dah lah paling murah, sekarang jadi lebih murah. Mi Malaysia hari ini mengumumkan telefon pintar mereka yang paling mampu dimiliki, Redmi 4A kini dijual pada harga hanya RM469, berbanding RM509 sebelum ini.

Versi storan 32GB ini mula dijual di Malaysia pada bulan Mac lepas. Bersamanya ia memiliki kuasa pemproses Snapdragon 425 serta 2GB RAM. Skrinnya berukuran 5.0-inci, dengan resolusi HD.

Mi bunny has more great news: The lightweight Redmi 4A is now available for a RM469! Check it out here:
bit.ly/2nH1XVE…

Posted by Mi Malaysia on Monday, July 31, 2017

Baterinya 3,120mAh, agak besar untuk saiz skrin sebesar ini. Kameranya pula berkuasa 13MP di belakang dan 5MP untuk kamera depan.

Redmi 4A berharga RM509 ini boleh dibeli melalui stor rasmi Mi Malaysia di Lazada, dengan pilihan warna Kelabu atau Emas.

Xiaomi turut membuat promosi Merdeka bagi telefon pintar Redmi 4X yang berharga RM649, dengan memberikan Mi Powerbank 10,000mAh percuma.

Jika anda berminat untuk mengetahui apa lagi telefon pintar dalam julat harga ini, boleh semak senarai telefon pintar di bawah RM600 yang baru kami siapkan di sini.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: