Boleh WhatsApp je untuk adu masalah LRT & MRT

Bagi memudahkan lagi orang ramai membuat aduan terhadap sebarang masalah berkaitan LRT, MRT dan monorel di bawah kendalian RapidKL, satu saluran aduan telah dibuka melalui WhatsApp. Orang ramai boleh menghantar teks dan gambar menggunakan WhatsApp ke nombor +6010 766 4472 untuk disemak dan diambil tindakan oleh RapidKL.

Usaha ini merupakan sebahagian dari kempen untuk mengurangkan vandalisme yang sering berlaku di dalam pengangkutan awam. MRT misalnya, baru sahaja beroperasi tidak sampai sebulan tetapi telah dirosakkan oleh tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab.

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Dato Ir. Zohari Sulaiman berkata, kami sangat menghargai sebarang maklum balas dari pengguna untuk meningkatkan servis dan memelihara aset. Maklumbalas ini, baik atau tidak baik akan dikongsikan kepada pohak berkenaan untuk diambil tindakan.

Rapid Rail kini menguruskan LRT Laluan Kelana Jaya, Laluan Ampang, Laluan Sri Petaling, Laluan KL Monorel serta MRT Laluan Sungai Buloh – Kajang.

Selain saluran WhatsApp, orang ramai juga boleh mendapatkan maklumbalas dan status perkhidmatan RapidKL melalui twitter @AskRapidKL dan juga menghantar mesej peribadi di Facebook RapidKL.

%d bloggers like this: