Bintang Swafoto 20MP Terhebat Huawei Akan Dijual Pada Harga…

Huawei tidak mahu OPPO dan vivo selesa dalam gelanggang kamera xwafoto berdua sahaja. Huawei Nova 2 Plus yang dicanang bakal tiba di Malaysia tak lama lagi kini telah diketahui harganya.

Melalui sekeping risalah prmosi bersempena hari Merdeka, Nova 2 Plus diberikan tanda harga RM1,999 dan pembeli akan menerima hadiah bernilai RM199.

Nova 2 Plus adalah telefon dengan konfigurasi dual kamera yang berbeza daripada flagship P10. Ia tiada sensor monokrom sebaliknya kamera sekunder memiliki jarak fokal yang berlainan berbanding kamera utama.

Ciri yang bakal menambat hati pengguna adalah kamera swafotonya yang berkuasa 20MP. Ia dilengkapi dengan teknologi pengecaman wajah 3D untuk mencatikkan wajah secara digital.

Pada papan utama, pengguna akan menemui cip pemproses Kirin 659 yang dipadankan dengan RAM 4GB. Storan 128GB yang ada pada Nova 2 Plus menjadikannya telefon termurah memiliki storan sedemikian.

 

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: