Banyak produk Apple dapat diskaun di Mac City sempena Merdeka

Share Button

Jika anda terlepas jualan penghabisan stok Machines minggu lepas, jangan khuatir kerana satu lagi pengedar sah Apple di Malaysia juga melancarkan promosi. Sempena bulan kemerdekaan, Mac City memberi diskaun kepada produk Apple terpilih seperti iPhone 7, iPad Pro, Macbook dan banyak lagi.

Promosi Merdeka Mac City ini boleh didapati di semua cawangan Mac City serta di stor dalam talian. Ia bermula dari 1 Ogos 2017 sehinggalah kehabisan stok. Maknanya, kena cepat dapatkan selagi stok masih ada.

Tawaran utama pastinya telefon pintar Apple iPhone 7 dan 7 Plus, yang menerima diskaun antara RM200 dan RM300 bersama powerbank bernilai RM99 percuma. Dengan diskaun ini, iPhone 7 32GB boleh dimiliki pada harga RM2,999 (harga asal RM3,199) sahaja, manakala iPhone 7 Plus pula hanya RM3,599 (harga asal RM3,799).

Manakala tawaran tablet pula membariskan iPad Pro 9.7 & 12.9 inci, iPad Mini 3 dan iPad Mini 4. Hampir semua model iPad Pro 9.7-inci disenaraikan, dengan model Wi-Fi 32GB serta Wi-Fi + Cellular 32GB menerima diskaun RM300. Mnakala model Wi-Fi 256GB mendapat diskaun RM500.

Apple Watch turut ditawarkan dalam promosi Merdeka ini. Semuanya dari jenis besi tahan karat (stainless steel) dengan pilihan pelbagai tali dari jenis Sport Band, Modern Buckle dan Link Bracelet ditawarkan dengan diskaun antara RM600 sehingga RM2,321.

Beberapa model iMac dan MacBook turut disenaraikan dalam promosi Merdeka Mac City. Antaranya adalah iMac 21.5 & 27-inci, MacBook Pro With dan Without Touch Bar 13.3 & 15.4-inci, MacBook 12-inci dan juga MacBook 13.3-inci.

Jika mahukan iPhone lama, Mac City juga masih menjual iPhone 5S 16GB berwarna Perak pada harga RM988 sahaja.

Memang menarik melihatkan diskaun yang begitu banyak dalam promosi Merdeka Mac City ini, Tetapi stok terhad untuk harga promosi ini. Jadi, lekas ke cawangan Mac City berhampiran anda (semak lokasi di sini), atau beli sahaja di stor online Mac City.

Apa komen anda?