ARCore Beri Akses AR Kepada Semua Telefon Android

Augmented Reality (AR) dijangka bertumbuh lebih pesat dengan kehadiran ARCore, teknologi AR terbaru daripada Google, untuk menjadi pesaing kepada ARKit daripada Apple. Tapi, Google sudahpun ada projek AR-nya sejak 2014 lagi iaitu Projek Tango. Bukankah ARCore sesuatu yang lewah?

Kebolehcapaian adalah pembeza utama antara Tango dengan ARCore. Berbanding Tango yang memerlukan komponen khas untuk berfungsi, ARCore tidak memerlukan apa-apa komponen khas. Maka ia membolehkan teknologi AR dinikmati oleh semua pengguna Android tanpa mengira telefon.

Sungguhpun begitu, Tango menawarkan pengalaman AR yang lebih mendalam hasil kehadiran sensor untuk mengesan kedalaman ruang 3D berbanding ARCore yang hanya mmenggunakan komponen sedia ada.

Sebaliknya, ARCore lebih ditujukan pada pengguna kebanyakkan yang memiliki kurang pengetahuan khusus dalam bidang AR. Google beranggapan tindakan ini akan memacu pertumbuhan AR jika ia mudah diakses.

Google mensasarkan untuk melancarkan ARCoreyang boleh digunakan oleh semua Android menjelang penghujung tahun ini.

[Sumber: Google]

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: