Ada can menang TV 4K 55″ kalau beli telefon pintar Sony Xperia

Banyak betul jenama yang tidak melepaskan peluang membuat promosi sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang akan tiba tidak lama lagi. Hari ini, Sony turut mengumumkan penyertaan mereka menyediakan promosi hebat Hari Kebangsaan.

Bermula dari 25 Ogos hingga 17 September 2017, pembelian telefon pintar Sony Xperia terpilih boleh menerima bukan sahaja hadiah percuma, tetapi berpeluang menyertai peraduan yang menyediakan hadiah yang lebih besar.

Telefon pintar Sony Xperia yang terlibat adalah:

  • Xperia XZ Premium – RM3,399
  • Xperia XZs – RM2,699
  • Xperia XZ – RM2,199
  • Xperia X – RM2,199
  • Xperia XA1 Ultra – RM1,899
  • Xperia XA Ultra – RM1,499
  • XPeria XA1 – RM1,199
  • Xperia XA – RM999

Hadiah percuma yang diberikan bersama pembelian telefon pintar ini adalah seperti dok pengecas DK52, tambahan jaminan tahun ke-2, case lutsinar dan pelindung skrin. Tetapi hadiah yang lebih menarik adalah di dalam peraduan Hari Malaysia.

Hadiah yang disediakan untuk peraduan Hari Malaysia ini adalah dua unit TV Sony Bravia 4K Ultra HD KD-55A1, 4 unit Sony Playstation 4 dan 30 unit pembesar suara Bluetooth Sony BSP-10.

Pembeli telefon pintar baru Sony Xperia boleh menyertai peraduan ini menerusi aplikasi Xperia Lounge atau di laman web contest.mysonymobile.net sepanjang tempoh promosi. Masukkan nombor IMEI telefon kemudian jawab beberapa soalan mudah dan isikan maklumat peribadi. Pemenang akan diumum di dalam Facebook serta diberitahu melalui telefon atau emel.

Tawaran Hari Malaysia Sony Xperia ini boleh didapati di cawangan Sony Store, Sony Centre, Sony Mobile Store dan pengedar sah Sony Mobile di seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut, lawati Facebook Sony Mobile Malaysia atau ikuti mereka di aplikasi LINE menerusi akaun rasmi Sony Mobile MY.

%d bloggers like this: