Acer One 10, Laptop 2-in-1 Termurah Daripada Acer

“Netbook” adalah satu spesies yang terkenal dek tahap mobilitinya yang tinggi sebelum dicabar hebat oleh ultrabook yang turut menawarkan tahap mobiliti yang tinggi tetapi dalam masa yang sama, menyertakan kuasa pemprosesan yang jauh lebih baik. Tapi, Acer masih menaruh keyakinan dalam kategori ini apabila melancarkan Acer One 10, sebuah netbook yang sangat mesra bajet.

Netbook 2-dalam-1 ini amat sesuai untuk kerja-kerja lapangan yang tidak memerlukan penggunaan aplikasi “berat”.

Ia amat sesuai untuk penulis, novelis, dan professional yang sentiasa bergerak dan memerlukan sebuah komputer untuk mencatat idea ataupun bersidang video dengan klien menerusi kamera belakang 2MP ataupun kamera depan VGA.

Bahagian tablet boleh ditanggalkan daripada papan kekunci untuk berfungsi sebagai sebuah tablet dedikasi. Papan kekunci juga boleh bertindak sebagai penyangga kepada tablet semasa dalam mode multimedia.

Panel paparan IPS pada laptop ini memiliki resolusi 1280 x 800 dan ia peka sentuhan sehingga 10 input sentuhan serentak. Malangnya, tiada stailus disertakan.

Pada papan utama, Acer One 10 dikuasakan cip Intel Atom x5-Z8350 beserta RAM seluas 2GB. Storan dalaman yang diterimanya hanyala 32GB.

Pada bahagian sisi, pengguna boleh menemui port-port seperti audio, mini HDMI, USB, dan mikro-SD.

Acer One 10 dijual pada harga RM1,099.

Jika anda miliki bajet lebih, anda boleh pertimbangkan Acer Switch 5.

Acer Switch 5 duduknya antara Switch Alpha yang lebih premium dan One 10 yang bajet. Seperti Switch Alpha, ia ditujukan kepada pengguna yang tidak mahu berkompromi dalam mobiliti dan prestasi.

Mana taknya, ia dikuasakan cip Intel Core generasi-7 sama ada i5-7200U ataupun i7-7500U. RAM seluas 8GB daripada jenis DDR3 diguna untuk mendukung semua aplikasi ditambah pula storan SSD sehingga 512GB disertakan.

Berbanding 2-dalam-1 yang lebih premium, Switch 5 menerima kickstand yang diperbaharu. Operasi menggunakan sebelah tangan dimungkinkan untuk mengatup kickstand menjadi sudut yang lebih tirus.

Panel paparan peka sentuh pada Switch 5 boleh menerima input daripada 10 jari serentak malahan sebatang stailus yang lebih selesa dipegang berbanding Switch Alpha disediakan untuk menconteng.

Sidang video berkualiti tinggi boleh dilakukan menggunakan kamera belakang ataupun depan.

Acer Switch 5 dijual pada harga RM3,999 (i5-7200U) dan RM4,999 (i7-7500U).

Untuk pengguna yang tidak memerlukan skrin sentuh, anda boleh mencuba Acer Swift 3. Ia adalah sebuah laptop yang menyatupadukan gaya dan prestasi dalam satu pakej yang nipis.

Badan besi keseluruhan laptop ini memberi impak premium padanya selain bertindak sebagai pengalir haba yang baik. Beratnya cuma 1.5kg dan setebal 17.95mm.

Paparan 14″ atau 15.6″  laptop ini masing-masing mempunyai resolusi 1920×1080.

Pada papan utama, pengguna akan menemui cip Intel Core generasi ke-7 dengan RAM seluas 8GB DDR4. Untuk mengisi segala data, SSD seluas 256GB diberikan.

Acer Swift 3 dijual pada harga RM3,399 (14″) dan RM3,899 (15.6″).

Terus ke laman rasmi produk laptop Acer untuk maklumat lanjut ataupun ke Lazada untuk membeli secara dalam talian.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: