WhatsApp dan Facebook sumber utama berita rakyat Malaysia

Share Button

Malaysia merupakan negara yang paling gemar menggunakan WhatsApp, menurut kaji selidik yang dijalankan oleh Reuters Institute for the Study of Jounalism (RISJ). Kaji selidik ini dibuat di seluruh dunia, meliputi 36 negara dan 70,000 orang responden. Di Malaysia, seramai 2,108 orang terlibat dalam kaji selidik ini.

Meningkatnya penggunaan media sosial dan permesejan internet, menjadikannya lebih mudah untuk menyebarkan berita dan cerita. Dalam kajian RISJ ini, 51% responden di Malaysia menggunakan WhatsApp sebagai saluran utama penyebaran berita, berbanding hanya 38% di Singapura.

Bagaimanapun, Facebook masih pilihan utama bagi mendapatkan berita, dengan 58% responden menggunakannya. Tetapi, WhatsApp tetap di tangga teratas untuk kegunaan sosial media dan permesejan di Malaysia. Diikuti dengan Facebook, YouTube, Instagram dan WeChat.

Penggunaan WhatsApp yang dilihat begitu tinggi di Malaysia, di dorong oleh penggunaannya yang percuma tanpa perlu bayaran pendaftaran atau langganan, antaramuka yang mudah digunakan, kurang menggunakan data malah ditawarkan kuota data percuma oleh kebanyakan pelan internet mudah alih di Malaysia.

Laporan RISJ ini dibuat untuk melihat bagaimana berita digunakan di seluruh dunia, dengan fokus kepada negara yang terlibat. Antara dapatan yang menarik di dalam laporan ini adalah, media cetak, tv dan radio masih digunakan sama banyak dengan media dalam talian.

Tetapi media sosial dan berita dalam talian lebih banyak dirujuk sebagai sumber berita berbanding media cetak, tv dan radio. Cuma, rakyat Malaysia meletakkan 29% kepercayaan dalam berita di Malaysia. RISJ mengaitkannya dengan kawalan ketat dan tapisan berita oleh kerajaan, selain majoriti media di Malaysia dimiliki oleh parti di dalam Barisan Nasional.

Selain itu, 3 lokasi utama pengguna telefon pintar membaca berita adalah di ats katil, di dalam pengangkutan awam dan juga di dalam tandas atau bilik air.

Walaupun menyebar berita menggunakan media sosial dan permesejan sangat mudah, tetapi perlu ada rasa tanggungjawab memeriksa kesahihannya, sebelum mula menyebarkan. Jika ia bukan datang dari laman berita sebenar, cuba semak kisah yang disebarkan itu, salah satu caranya melalui laman web www.sebenarnya.my.

Jika anda berminat membaca laporan penuh RISJ, boleh dapatinya di sini.

[SUMBER: BBC]

Laporan Kajiselidik RISJ tentang berita di Malaysia (m.s 123)

Trackbacks

  1. […] ini sudah lama terdapat dalam aplikasi permesejan Telegram. Tetapi WhatsApp masih pilihan utama majoriti rakyat Malaysia, jadi berita ini pasti menggembirakan orang […]

Apa komen anda?